Artis / Selebriti
” Terserlah sifat keibuan, untungnya baby dapat ibu suara sedap. Terdodoi lena baby ye.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Datin Alyah Sedang Mendodoikan Anaknya, Nur Izzara Tidur Raih Perhatian Ramai. Alahai Sedap Betul Suara Datin Alyah Berzikir, Confirm Baby Izzara Tidur Lena Dengar Suara Merdu Ibu Dia !!
Pada dua hari yang lalu, Datin Alyah mengumumkan yang dirinya dan suami, Dato’ Ramli MS telah mengambil anak angkat perempuan. Pasangan ini memilih nama Nur Izzara buat bayi mereka dan perkongsian berita gembira tersebut dimuatnaik oleh Datin Alyah di akaun Instagram miliknya.
Di ruangan kapsyen posting tersebut, Datin Alyah meluahkan rasa syukur dengan kehadiran si kecil itu dalam kehidupan rumah tangganya. Perkongsian itu juga memaparkan Datin Alyah mengadakan majlis aqiqah buat Izzara di rumah abang ipar Datin Alyah di Batu Pahat, Johor.
Perkongsian tersebut juga dibanjiri dengan ucapan tahniah dan syukur daripada rakan-rakan serta para peminat Datin Alyah yang turut teruja dengan berita gembira itu. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan video baru bersama anak kecilnya.

Menerusi video itu, kelihatan Datin Alyah sedang mendukung Izzara dan Datin Alyah berkata Izzara tidak boleh panas dan mahu tidur dengan adanya aircond. Selain itu, apa yang menarik perhatian ramai adalah mendengar Datin Alyah berzikir untuk menidurkan Izzara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terserlah sifat keibuan, untungnya baby dapat ibu suara sedap. Terdodoi lena baby ye.. Comel tengok cara Datin dodoikan baby.. “
” Amboiii nak aircond je yer sayang.. Hehehe.. Baby pun tahu sekarang cuaca panas sangat.. Kalau sejuk mesti tido nyenyak baby.. “
” Seronoknye.. Suare sy tak sedap mgkn sbbtu ank2 sy semua kuat menangis mase baby.. Untung baby kak Alyah, hari2 boleh dengar suara ibu dia sedap.. “
” Ahaa sama la baby kite takleh panash³, nk kena tido dlm ekon je.. Bestnya baby tu dengar suara mama dia berzikir, masyaAllah merdu sangat.. “
” Ahhhhhhh rinduuu aktivity ‘berjoget’ dimana-mana macam ni.. Happy for you kakak.. Semoga baby sihat2 selalu.. Enjoy your moment.. “
” Baby sekarang mmg mcm nie.. Mcm tulah anak2 saya masa baby pun… Tapi bile balik kampung boleh pulak takde aircond elok jer dia tido.. “
” Baby beruntung , dgr suara zikir sedap hari2.. Hehhe.. Tahniah Datin, dah bergelar ibu.. Semoga baby Izzara menjadi anak yang solehah.. “
Ramai yang tumpang gembira melihat kehidupan baru Datin Alyah, sejak adanya Izzara di sisi. Bukan itu sahaja, kelihatan Datin Alyah langsung tak kekok mendodoikan bayi. Apa-apa pun, didoakan semoga Izzara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Datin Alyah serta Dato’ Ramli.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

