Artis / Selebriti
” Comelnya baby Mona. Nama baby lagend betul.. ” – Komen Netizen

Video Mona Allen Memperkenalkan Putera Keduanya Yang Baru Lahir Raih Perhatian Ramai. Alahai Kemerah-Merahan Kulit Adik Baby, Gebu Macam Abang Petra Dia Juga. Nama Baby Unik Sangat, Lain Daripada Yang Lain !!
Pasangan pelakon, Mona Allen dan Pekin Ibrahim telah pun dikurniakan seorang lagi bayi lelaki pada 4 Jun baru-baru ini. Perkara itu telah pun dikongsikan oleh pihak pengurusan hospital QHC Medical Centre yang mana Mona bersalin di situ. Ia juga turut dikongsikan oleh Pekin di Insta Story miliknya.
Meninjau entry terbaru Mona Allen di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gambar Mona, Pekin dan anak mereka itu. Menerusi posting ini juga, Mona memperkenalkan secara rasmi kepada umum nama yang telah Mona dan Pekin pilih untuk anak kedua mereka ini.
Persia Pekin, itu nama yang telah dipersetujui dan diberikan oleh pasangan ini. Seperti abangnya Petra Pekin, Persia juga berkulit kemerah-merahan dan ianya dapat dilihat menerusi video ini. Gambar Persia tidak ditunjukkan wajahnya secara penuh dan hanya kelihatan sipi-sipi sahaja.
Menerusi video ini juga, dapat dirasai betapa kehadiran Persia diraikan oleh Mona dan Pekin. Dekorasi belon berwarna biru dan cupcakes berwarna biru turut kelihatan dalam video itu. Pada cupcakes tersebut ada ditulis Persia lahir dengan berat 2.8 kg dan memiliki ukuran panjang 50 cm.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Mona ini sehingga kini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mona so cantikkkβ¦. tahniah buat u n Pekin dpt second babyβ¦ semoga u n baby berada dlm rahmat Allah.. selamat berpantang Mona.. ”
” Tahniah Mona.. selamat berpantang.. moga sihat mak dan baby. Comel betul baby Mona, merah kemerahan eh. mesti putih gebu ni.. ”
” Nama baby lagend betul. kak mona.. jgn sia2kn pantangmu.. smga ank mnjdi seorg yg baik budi pkerti, soleh dan berbakti pda kedua ibu bapanya… Amin.. ”
” Prince Persia, unik betul namanya.. Alhamdulillah tahniah sis.. selamat berpantang.. muka berseri-seri betul, aura mommy anak 2 hehe.. ”
” Kakak lawa pakai tudung.. cantik.. selamat berpantang sis.. tahniah.. semoga ibu anak sihat2 selalu.. ”
” Alhamdullilah. Congratulations both of you.. Welcome to the world Persia Pekin. Selamat berpantang xx.. ”
” Comelnya baby Mona, nama tu best. Senang nak ingat, ringkas dan unik namanya.. selamat berpantang Mona.. takecare ye.. ”
Alhamdulillah baby Persia pun kelihatan sihat sahaja, Mona pun berseri-seri wajahnya. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah sekali lagi atas kelahiran baby Persia Pekin. Semoga Persia menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber :Β IG Mona Allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Takkan lah friendzone macam tu, banyak hint dah bagi.. ” – Didi Astillah