Artis / Selebriti
” Aduhai, muka Pekin terkejut tu lawak, tersedu terus. Dia betul2 terkejut tu.. ” – Komen Netizen
Video Mona Allen prank suaminya, Pekin dengan memakai eyeshodow berlainan warna buat ramai terhibur. Mona buat hal lagi, sampai tersedu Pekin terkejut tengok muka Allen. Siap ajak balik, haha..
Baru-baru ini pelakon Mona Allen ada berkongsi video menyakat suaminya, Pekin Ibrahim. Menerusi video itu, Mona telah memakai lipstick yang tebal di bibir dan perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet yang menontonnya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Mona, sekali lagi Mona cuba prank Pekin. Kali ini, Mona cuba memakai eyeshadow yang berlainan warna. Mona telah memakai warna merah di sebelah kiri matanya dan warna biru di sebelah kanan matanya.
Menerusi video itu, pada awalnya Mona cuba menipu seolah dirinya sedang membuat video makeup di dalam kereta agar rancangan yang dibuatnya tidak dapat dihidu oleh Pekin. Namun, apabila sudah sampai di parking di sebuah mall, Pekin baru perasan dan terkejut melihat wajah Mona ketika mereka sedang berjalan.

Melihat reaksi terkejut daripada Pekin itu, Mona terus berdekah ketawa. Pekin meminta Mona untuk terus berpatah balik ke kereta untuk mencuci matanya jika mahu masuk ke mall. Perkongsian video ini juga sekali lagi telah mengundang tawa ramai.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton perkongsian oleh Mona dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduhai muka Pekin terkejot tu lawak, terus tersedu kawan.. Kuat menyakat betul si isteri pun, hahahaha.. Nakal Kak Mona.. “
” Buat hallah, reaction mmg telus.. Masalahnya wife dia dah mmg lawa.. Tak make up pun dah lawa wehhh tu yg dia suruh cuci je.. Hahaha..
” Sampai sedu laki tu, nasib tak pengsan dekat parking kereta.. Kalau tak lain pula jadinya, hahahaha.. Silap2 viral, Pekin pengsan di parking mall.. “
” Menyalaaaaaaa kakakku, hahahaha.. Hahahahaha you nak jdi harlequin keeeee, tapi you cantikkkkkkk macam mana pun still nampak cantikkkkkk.. “
” Hahahahaahahha.. Dah nak masuk Mall, reverse balik.. Pekin konpem pikir… Aneh2 bini aku ni.. Hahahaha tersedu tu paling tak tahan.. “
” Ya Allah dia betul2 terkejut tu, hahahahahaaha.. Aku tgh makan tersedak tgk Pekin punya reaction adoiii kau buat hal betul lah Mona.. “
” Ya tuhan, hahahaa.. Tpi maintain tak marah, just bebel.. Nampak Pekin betul2 sayang Mona.. Semoga korang terus bahagia bersama.. “
Sampai tersedu Pekin gara-gara terkejut melihat mata Mona. Lain macam prank Mona kali ni, nasib Pekin tak pengsan, macam-macam betul cara Mona buat nak kenakan Pekin. Apa-apa pun, ianya hanyalah sekadar gurauan suami isteri. Semoga pasangan ini terus bahagia bersama dan rumahtangga mereka kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mona.allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

