Artis / Selebriti
” Dengar sambil menangis, serious sedih dengar lagu ni. Begitu dalam makna dan lirik.. ” – Komen Netizen

Music Video Penuh Lagu Bertahan Demi Cinta Nyanyian Fattah Amin Dan Fazura Buat Ramai Tersentuh Hati. Alahai Sebaknya Dengar Lagu Ni, Ada Yang Sampai Menangis !!
Umum sudah mengetahui yang pasangan selebriti iaitu Fattah Amin dan Fazura sudah pun bercerai dengan talak satu tempoh hari. Selepas pasangan ini berpisah, tular pula pelancaran music video lagu terbaru duet pasangan ini yang berjudul Bertahan Demi Cinta.
Ramai peminat mula membuat spekulasi mengenai penceraian mereka apabila lagu ini dilancarkan pada saat mereka sudah berpisah. Namun sebenarnya lagu ini sudah lama dirakamkan sebelum Fattah dan Fazura memilih jalan untuk tidak bersama lagi.
Hari ini music video lagu ini mula dimuatnaik di saluran Youtube dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai juga berasa tersentuh apabila mendengar lagu ini dan menonton music video tersebut. Suara pasangan ini juga sangat sepadan.
Perkongsian music video ini mendapat ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh 2 hari ia dimuatnaik. Lagu ini juga sangat sedap didengar dan liriknya juga amat menyentuh jiwa. Namun takdir yang berlaku sebaliknya buat Fattah dan Fazura.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Di ruangan komen, ramai yang mendoakan agar pasangan ini rujuk kembali. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Instint I, kedua2 ni sebenarnya saling mencintai & menyayangi. Ada org pompuan, dia nak sisuami tu pujuk & terus pujuk when dia rasa kecik hati dsb. & si suami pula jgn mengalah, jgn rasa mcm sorang2 ja yg usaha… “
” Ya Allah, Fazura tak rasa apa2 ke tgk n dgr video clip ni…. Serious sedih dgr lagu ni… moga Allah lembutkan hati Fazura utk kembali pd Fattah.. “
” Moga fattah dan fazura kembali bersatu, demi fatimah dan korang berduaaaa Semoga fattah pujuk fazura kaw kawwww supaya hati cair semula emmm.. “
” Tolonglah fattah..pujuk la faz tu.moga baik2 sahaja untuk ampa dua..ingat nyama weh ya Allah panjangkanlah jodoh depa ni.. “
” Rujuk la wey..supaya cinta makin bertaut seperti pasangan diana danealle n farid,abg zamarul hisham dan diana rafar.moga2 korang amik pengajaran dan tauladan dari kisah ini.. “
” Sedih la weii..aku x penah nk sedih artis bercerai..tp yg ni betul² menyayat hati aku..rujuk la balek weyhhh.. Saya doa kan fattah fazura comeback..please please.. “
” Jika masih tertulis d luth mahfuz utk jodoh mereka, kami semua mendoakan yg terbaik bt kalian. Sedih lagu ni aku dengar banyak kali sedap juga.. “
Jodoh dan pertemuan semuanya sudah ditentukan oleh Allah SWT. Jika jodoh mereka masih ada, semoga ada sinar kebahagiaan buat pasangan ini. Jika tidak, kita doakan yang baik-baik buat Fattah, Fazura dan juga satu-satunya cahaya mata mereka, Nur Fatima Aisya.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG dan Youtube Hitsrecords
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral4 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral2 days ago
” Mama dia masuk, mama dia sebut 1 perkataan yang buat saya sebak.. ” – Wakil Pengurusan Jenazah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika laporan itu wujud, mengapa ia tidak dikemukakan kepada pihak keluarga dan pasukan peguam ? ” – Dato’ Zaharil
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Last-last anak-anak Bella sendiri yang bagi big hint. Menggelabah terus Didi, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, dia yang kehilangan anak tapi dia masih boleh bagi semangat.. ” – Ustazah Marhamah
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Anak nak fly jauh weh. Touching la kita tengok Faz packing. Siap kiss pulak tu.. ” – Komen Netizen