Artis / Selebriti
” Demi anak, Emma menjadi sahabat baik kepada ex husband. Raikan hari lahir anak bersama-sama.. ” – Komen Netizen
Video Emma Maembong dan bekas suaminya, Shazli Azhar bersama-sama meraikan ulangtahun kelahiran anak mereka, Shariq Arshan Gabriel. Comel semua pakai kostum Transformers, macam-macam aksi ada, haha..
Pada bulan Oktober lalu, industri seni telah dikejutkan dengan perkhabaran pelakon Emma Maembong mengumumkan sudah sah bercerai dengan suaminya, Shazli Azhar. Malah, Emma juga mengakui dirinya sudah selesai menamatkan tempoh idah pada masa itu.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Coddy Maembong, telah dikongsikan video yang memaparkan Emma sekeluarga sedang sibuk membuat persiapan untuk sambutan hari lahir anak sulungnya, Shariq Arshan Gabriel. Sambutan hari lahir Arshan pada tahun ini adalah bertemakan Transformers.
Namun apa yang menjadi perhatian, turut ada bersama ketika majlis tersebut adalah bekas suami Emma. Emma dan Shazli cukup sporting bersama-sama memakai kostum Transformers untuk meraikan hari lahir Arhsan dan Emma juga membantu Shazli memakai kostum itu.

Perkongsian video tersebut menjadi bualan warganet. Ramai yang memuji sikap terbuka Emma dan Shazli yang sama-sama meraikan hari lahir anak-anak walaupun sudah berpisah. Sehingga kini, video sambutan hari lahir Arshan ditonton lebih 280 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@coddy_maembong happy birthday arshan. maknlong love u so so much @emma maembong @Beby Maembong @Shikin maembong @ChaCha Maembong @Yaya maembong @Ahmad Bakti Maembong @Isa Janet @bakri ismail #maembongfamily #fyp #chachamaembong #bebymaembong #emmamaembong #maembonggirls
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terbaik lah Emma dan bekas suami, walaupun dah berpisah tapi still layan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak.. “
” Simple je sambut, adik beradik je… Suka tengok Emma… Harap Emma dan bekas suami akan ada jodoh kembali dan bahagia hingga akhir hayat.. Amin.. “
” Terbaik Emma even dah cerai.. Hubungan dengan ex husband baik demi anak2.. Bertuah anak2.. Semoga korang bahagia bersama anak2.. “
” Comel je emma suru kak long pakai baju tu ahahah kejung perut ketawa.. Hahahaa.. Emma kalau tak buli kakak dia memang tak saha.. “
” Kesian kak long, mesti menyesalkan tanya.. Kan dah kena pakai, hahahaa.. Bak kata Emma nk jimat kos, hahaha buat demi anak saudara.. “
” Happy family.. Besttny suka tgk.. Happy bsdy Arshan Hensem boy.. Semoga panjang umur n dilimpahi rezeki selalu ya sayang.. “
” Bagus Emma, demi anak-anak, dia menjadi sahabat baik kepada ex husband.. Raikan hari lahir anak bersama-sama.. Selamat hari lahir Arshan.. “
Walaupun dah berpisah, Emma dan Shazli masih akrab dan melayan anak-anak mereka seperti masa lalu mereka bergelar suami isteri. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang baik-baik buat Emma dan Shazli, semoga urusan mereka membesarkan anak-anak dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok coddy_maembong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perghhh dia sapu semua. Beauty with brain, bukan calang-calang ni .. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Rupanya begini cinta orang yang dah matang dan berumur. Suami Erra romantik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahun 2023, kau dah berangan eh nak kahwin dengan Erra Fazira. Haa sila cerita, kantoi.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dakwah yang sangat sweet. Ada hikmahnya Allah temukan mereka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ayash Affan yang semakin hari semakin bijak, kadang lidah Mummy yang terbelit nak speaking dengan dia.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Spacedollah selamba je pecah rahsia Bella dengan YB Saddiq eh. Abang ipar green flag lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mula-mula dulu dia kata dia macam takde perasaan dengan kita. Sekali.. ” – Erra Fazira

