Artis / Selebriti
” Dasar Shibai, mereka dah lama rancang kita yang lalai. Haha.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pertunangan Antara Shila Amzah Dan Ubaidillah Tarik Perhatian Warganet. Wah Pandai Betul Masing-Masing Simpan Rahsia Eh. Sweet Sangat Gambar Last Tu. Tahniah Shibai !!
Baru sahaja beberapa hari lepas, peminat berteka-teki tentang status perhubungan antara Shila Amzah dan kekasih hatinya, Ubaidillah. Ini rentetan perkongsian Shila di akaun sosialnya yang menggambarkan seolah perhubungan mereka dilanda kris1s.
Namun rupa-rupanya, status kekasih kini sudah bertukar kepada tunang. Menerusi akaun Instagram Ubaidillah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Shila dan Ubai dalam majlis pertunangan mereka yang berlangsung hari ini.
Memilih tema warna purple, Shila dan Ubai tampil anggun dan berseri-seri dalam busana sedondon berwarna purple. Pelamin pertunangan mereka juga dihias indah dengan bunga-bungaan dan menambahkan lagi seri majlis istimewa pasangan ini.
Pendek sahaja kapsyen Ubai kali ini berbunyi ‘ Alhamdulillah ‘. Pandai sungguh mereka berdua menyimpan kemas rahsia bakal bertunang. Dari kawan biasa menjadi kekasih dan kini rasminya sebagai tunang. Selangkah sahaja lagi untuk ke fasa rumahtangga.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Ubai ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri posting ini dan antara komen-komen yang diberikan :
” Tahniah saudara saudari.. Barakallah, syukur Alhamdulillah ya Allah. Shibai dah bertunang yahoo.. ”
” Patut buat status nak gempak 1 Malaysia.. Congratulations Shila dan Ubai.. selangkah sahaja lagi nak ke jinjang pelamin.. ”
” Kan dh cakap statement tu gimik jeee hehe. congratulations love bird.. semoga dipermudahkan urusan selanjutnya.. Amin.. ”
” Congrat Shibaii.. Eee dah agak dah.. Jangan tunang lama sangat bro. kawen cepat, dugaan bertunang ni lain.. ”
” Dah agak sbb aritue shahilaamzah ada bg hint masa live hehe. Alhamdulillah moga jodoh kekal hingga ke Jannah… Aamiiin.. ”
” Semua kena pr4nk haha, tahniah Shibai.. Akhirnya bertunang jugakk.. Alhamdulillah, sepadan sangat.. Semoga lancar urusannya sehingga disatukan sebagai suami isteri.. ”
” Dasar Shibaii, mereka dah lama rancang kita yang lalai haha.. Apa-apa pun, tahniah Shila dan Ubai.. Semoga dipermudahkan nanti.. ”
Teka-teki terjawab sudah akhirnya, rupanya status sebagai penutup hubungan biasa ke hubungan yang lebih istimewa. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan didoakan agar segala urusan Shila dan Ubai untuk ke jinjang pelamin dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubaidillah, IG Shila Amzah, IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen