Artis / Selebriti
” Dah la handsome, sopan santun, pandai hormat orang, lawak pulak. Tu yang mahal.. ” – Netizen
Video Liza Abdullah Bersama Anak Lelakinya, Zul Syahmi Naqib Sebagai Tetamu Jemputan MeleT0P Moreh Curi Perhatian Warganet. Boleh Tahan Lawak Juga Naqib Ni, Asyik Menyakat Mak Dia Je, Hehe !!
Nama anak ketiga Liza Abdullah iaitu Zul Syahmi Naqib mula menjadi sebutan apabila videonya dalam rancangan memasak di TV3 tular di kalangan warganet. Mesra dengan sapaan Naqib, anak muda ini memiliki rupa paras yang tampan dan sedap mata memandang.
Meninjau akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Liza dan Naqib hadir ke set MeleT0P Moreh. Ketika Naqib memasuki studio, Nabil sendiri mengakui yang wajah Naqib nampak seiras dengan wajah Tomok.
Siapa sangka, daripada seorang yang pemalu, Naqib kini boleh menjadi mesra sebegini. Kata Liza, anaknya ini sebelum ini seorang yang pendiam dan sekarang baru berubah boleh bermesra dengan semua orang. Banyak juga persoalan yang diajukan oleh Nabil dan Hawa mengenai Naqib kepada Liza.

Untuk makluman, Naqib sudah beberapa kali ditawarkan untuk menjadi pelakon tetapi Naqib menolak. Selesa menjadi pendamping mamanya ke set penggambaran, rupa-rupanya sudah 3 tahun Naqib menjadi pembantu kepada ibunya ini.
Jom baca perkongsian di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Adakah anda ready untuk berhadapan dengan Mak Leha haha. tapi sumpah handsome doo anak mak leha ni.. Ada iras dengan Ustaz Haris hubby Neelofa.. ”
” Aku rela berperang dengan mak Leha hari-hari dekat dapur haha. Alok sangat-sangat macam muka tomok zaman muda-muda dulu masa tengok famous band new boyz tu hehe.. ”
” Handsome nya, mak dia pun cantik lah, Ikut wajah mak dia tu. Habis lah kak Liza, ramai beratur nak jadi menantu.. ”
” Herlok weh, hidung mancung kau. Comel btl dua beranak ne la. Lawak pun iya gak bgus dorg bdiri time qawiy dtg tu mcm hormat. Pls sediakn kerusi utk dia biarpn qawiy tu sekejap je kt situ.. ”
” Aku rasa mungkin dulu kak liza pregnant dia terkenan muka tomok. last2 lepas beranak muka sama haha.. dah la handsome, sopan santun dan pandai hormat orang, lawak pulak. tu yang mahal.. ”
” Herlok betul, jambu anak Liza ni iras betul dengan tomok. Bergetar weh, ini Tomok 2.3 haha.. ”
” Muka Ustaz Haris mix dengan Tomok, elok betul muka anak liza ni. handsome anak mak Leha ni. Kalau dia sengih dari tepi dah Justin Timberlake.. ”

Seronok melihat gelagat Liza dengan Naqib, usik mengusik anak dengan mak yang mencuit hati. Kelakar pula reaksi Naqib ketika mengatakan yang dirinya kena paksa menonton drama lakonan Liza. Kan dah kena cubit dengan mama, hehe. Apa-apa pun, semoga Naqib terus menjadi anak yang soleh untuk mamanya ini.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG MeleT0P, Youtube Channel MeleT0P
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen



