Artis / Selebriti
” Kalau Zizan memang selalu ada plot twist. Hampir nak percaya, part asam laksa tu baru perasan, haha.. ” -Netizen

Video Zizan Razak Kongsi Menu Masakan Yang Dimasaknya Setiap Hari Buat Ramai Terhibur. Berdekah Datin Marlia Dan Sherry Bila Tahu Menu Tu. Macam Tu Je Zizan Gula-Gulakan Diorang, Haha !!
Boleh dikatakan setiap tahun, pada bulan Ramadan sememangnya meriah dengan pelbagai program menarik di televisyen bagi mengisi masa penonton mempelajari ilmu-ilmu berguna. Salah satu program yang hangat diperkatakan pada Ramadan kali ini adalah rancangan You Know Nothing About Cooking.
Rancangan tersebut menggabungkan Datin Marlia Musa dan Sherry Alhadad. Ia menyaksikan Sherry cuba mempelajari cara menyediakan pelbagai jenis masakan dengan bantuan Datin Marlia untuk disajikan kepada tetamu selebriti mereka seperti Mierul Aiman, Zizan Razak dan ramai lagi.
Meninjau di akaun TikTok Astro Gempak telah dikongsikan video yang memaparkan Sherry dan Datin Marlia menikmati juadah masakan yang dimasak oleh mereka bersama Zizan Razak. Menerusi video itu, kedengaran Sherry mengatakan sebelum ini ada mendengar Zizan pandai masak.
Sherry bertanya juadah apa yang Zizan masak dan meminta berkongsi kepada umum. Zizan mengatakan setiap hari dia akan memasak tiga menu. Pada waktu pagi, dia masak sup ayam, manakala pada waktu tengah hari, dia akan masak tomyam dan pada waktu malam pula, asam laksa.
Tonton video di bawah ini :
@astrogempak Muka tu sangat meyakinkan sehingga Datin & Sherry percaya 😂 Saksikan You Know Nothing About Cooking setiap hari jam 12PM di website gempak.com! #YouKnowNothingAboutCooking #YKNAC #GempakOriginalSeries
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menari adalah :
” Kalau Zizan memang selalu ada plot twist. Hampir nak percaya, part asam laksa tu baru perasan, haha.. Lawak betul.. “
” Kalau Zizan la nmanya.. Kompom la kna game 2 owng ni, hahaha.. Percaya g1la baii… Sblm kuar perkataan mee segera tu, hahahaa.. “
” Zizan mmg pandai masak. sebelum join raja lawak, die pernah kursus kulinary di Kuantan.. Sajalh tu nak menyakat, hahaha.. “
” Bila dia sebut asam laksa tu aku dah agak mee segera, hahaha.. Dulu dia gula2 kn Chef Wan pastu Ustaz Azhar kali ni Sherry pulak.. “
” Mula2 aku dah pcya sup ayam & tomyam.. Masuk asam laksa aku da bdekah.. Mesti mee segera ni, hahaa dah agak dah.. “
” Dgr zizan cakap dlm sehari 3 menu dh tahu dh punchline dia maggi.. Aku takleh tgk Zizan dgn Sherry, mesti tringat yg lawak gigi dia ada coklat tu.. “
” Zizan ni kalo dia ckp serius2 tu, tggu lah ayat last.. Dia sebut asam laksa sy dh dpt tgkp mee segera la tu.. Hilang akal nak masak asam laksa malam2, haha.. “
Rupa-rupanya menu-menu yang disebut oleh Zizan itu sebenarnya adalah mee segera. Mendengar apa yang dikatakan oleh Zizan, terus Datin Marlia dan Sherry berdekah ketawa. Alahai, macam itu sahaja Zizan mengenakan Datin Marlia dan Sherry. Bak komen peminat, kalau mendengar Zizan bercerita pasti akan ada plot twist.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen