Artis / Selebriti
” Cutenya, halah halah cantiknya warna anak mata dia.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Wajah Aisha Amaira Pada Hari Ke 36. Amboi Aisha Cantiknya Mata, Warna Hazel Lagi. Macam Mata Mat Salleh, Comel Sungguh !!
Umum mengetahui pelakon Fasha Sandha sudahpun melahirkan seorang anak perempuan 7 Ogos yang lalu. Bayi ini merupakan anak pertama hasil perkahwinannya bersama Aidil Aziz. Fasha dan Aidil berkongsi kegembiraan ini dengan mempamerkan wajah bayi mereka ini sejak hari pertama kelahirannya lagi buat tatapan peminat.
Memilih nama Aisha Amaira sempena maksudnya yang baik iaitu bahagia dan cantik selamanya. Sememangnya disunatkan untuk ibu bapa memberi nama yang elok buat zuriat kerana ianya adalah satu doa buat si anak. Kelahiran Aisha menceriakan lagi keluarga Fasha.
Anak Fasha daripada perkahwinan terdahulu bersama Jejai Ashram, Rayfal dan Jemaima juga sangat gembira apabila mendapat adik. Jejai juga tidak ket1nggalan mengucapkan tahniah dan mengunjungi Fasha ketika di hospital sejurus selepas melahirkan bulan lepas.
Sebagaimana anak-anaknya yang lain, Aisha juga tidak diwujudkan akaun Instagram khas. Sebarang perkembangan Aisha hanya akan dikongsikan oleh Fasha dan Aidil di Instagram mereka. Wajah Aisha dilihat lebih iras dengan wajah Aidil berbanding Fasha.
Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan sekeping gambar terkini Aisha Amaira pada hari ke 36. Aisha yang dipakai headband berwarna merah jambu itu kelihatan semakin cute wajahnya. Dengan matanya yang bulat dan anak mata berwarna coklat itu menyerlahkan lagi wajah comel Aisha ini.
Ikuti perkongsian Fasha di bawah :
Warna mata Aisha ini menjadi perhatian peminat. Antara komen-komen peminat :
” Mata Aisha Cantiknya, warna mata mcm ibu.. Mata brown.. cantiknya. so cute lah Aisha.. ”
” Cute nya… syukur , semoga menjadi anak yg solehah Aisha.. “
” Cantiknya mata dia Comeyyy sgt2 Bambam dah pipinya. Membesar dengan sihat yer Aisha.. “
” Cantiknyaaaaa aisha, cantiknya kaler anak mata.. “
” Cantikkkk mata baby Aisha. mata dia warna hazel.. “
” MashaAllah cantiknya anak mata Aisha.. Comelnye lahai.. cantik sungguh mata.. ”
” Halah halah cantiknya warna anak mata dia.. ”
Alahai Aisha semakin tembam dan comel mukanya itu. Sememangnya Aisha mewarisi sepasang mata cantik Fasha yang pasti menjadi tarikan orang untuk melihatnya. Apa pun, semoga Aisha sentiasa di bawah lindungan Allah, membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin