Artis / Selebriti
” Alahai, Aisha tu malu-malu betul dia.. ” – Komen Netizen
Video anak Fasha Sandha, Aisha Amaira yang malu-malu menyanyi di hadapan Thalita dan mereka buat warganet terhibur. Bila Thalita dan mula menyanyi, baru Aisha ikut. Siap hafal lagu-lagu semua, comel sangat Aisha..
Meninjau di akaun Instagram milik Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan sebuah video yang merakamkan momen pertemuan antara anak pelakon Fasha Sandha, Aisha Amaira bersama anak kepada Shuib, Thalita. Menerusi video tersebut, kelihatan Fasha berada di sisi Aisha di sebuah restoran.
Menerusi rakaman itu, Fasha ada berkata yang Aisha memang gemar menyanyi dan ada beberapa lagu yang Aisha ingat liriknya dengan baik. Si cilik itu dilihat begitu seronok apabila dapat menzahirkan minatnya terhadap muzik walaupun di hadapan orang lain.
Thalita pula dengan ceria mengajak Aisha menyanyi bersamanya. Namun pada mulanya, Aisha kelihatan malu-malu dan tidak berani memandang wajah Thalita. Gelagat comel ini mencuit hati sesiapa sahaja yang menonton video tersebut.

Tidak lama kemudian, Aisha akhirnya menyahut ajakan Thalita dan mula menyanyi. Keberanian kecilnya itu membuatkan suasana semakin meriah dan gelagat mereka berdua yang manja serta spontan membuatkan Thalita geram sambil ketawa kerana terhibur.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan emoji suka apabila menonton telatah Aisha menyanyi. Antara komen tersebut adalah :
” Alahai Aisha tu malu-malu betul dia.. Comel dua-dua.. “
Perkongsian ini telah menarik perhatian warganet dan ada yang turut memuji kecomelan Aisha dan keserasian antara kedua-dua kanak-kanak ini. Sehingga kini, video Aisha bertemu dengan Thalita menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.

Apa yang jelas, pertemuan antara Aisha Amaira dan Thalita bukan sahaja menceriakan suasana, malah meninggalkan kenangan indah buat kedua-dua keluarga. Gelagat comel dan keriangan mereka turut mengukir senyuman di hati semua yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

