Artis / Selebriti
” Thalita, teruskan bakat yang ada pada Thalita. Pedulikan apa orang nak kata, jalan terus.. ” – Komen Netizen
Video throwback Thalita semasa kecil bersama arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok video ni, baca kapsyen lagi bertambah-tambah sayu..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan video yang memaparkan video throwback arwah Siti Sarah bersama anak perempuannya, Thalita. Di ruang kapsyen, ditulis luahan tentang perjuangan Thalita dalam bidang seni suara.
Antara yang ditulis adalah bakat yang ada pada diri Thalita pada hari ini bukan lah untuk menggantikan tempat dan meniru ibunya. Malah, Thalita hanya menyanyi untuk menghiburkan hati semua orang seperti yang dilakukan arwah ibunya dahulu.
Ramai yang meluahkan rasa tersentuh setelah menonton video itu kerana ada peminat yang masih merindui arwah Siti Sarah. Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Thalita untuk terus berkarya dalam industri seni seperti arwah ibunya.

Sehingga kini, perkongsian terbaru di akaun Instagram Siti Sarah telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Perkongsian ini seperti ingin memberikan semangat kepada Thalita sebelum dirinya membuat persembahan di pentas Grand Finale Talk To My Manager pada hari Ahad ini.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Thalitaa, teruskan bakat yang ada pada Thalita ada, peduli kan apa orang nak kataa , jalan terus , go Thalita do the bestttttttt.. “
” Rindu arwah Sarah. Kita yang bukan ahli keluarganya pun rindu.. Inikan pula anak2 arwah.. Lagi merinduinya kan.. “
” Tak hairan la kalau sama pun , dah DNA dia . Aku ada kawan yg sebijik muka , cara cakap , suara mcm mak dia . Yg lelaki pun ada sebijik mcm ayah.. “
” Bakat yg ada pada Thalita adalah satu anugerah yg Allah Hadirkan buat dirinya melalui darah seni yg mengalir dlm diri Arwah Ibunya.. “
” Semoga Thalita terus berjaya dan mengharumkan nama dalam Pentas Seni seperti Arwah Ibumu, amin.. Good Luck Thalita.. “
” Al fatihah ibu Thalitashuib . Kami nantikan persembahan Thalita Ahad ni. Lagu arwah ibu version Thalita. All the best Thalita.. “
” Org yg cakap tata meniru tu, dengki sebab suaraaa diaa macam katak panggil hujan, hehehe.. Bakat yg sediaaaa dari azali, go tata.. “
Kasih ibu membawa hingga ke syurga. Jika arwah Siti Sarah masih ada, pastinya arwah akan rasa bangga dengan pencapaian Thalita pada hari ini. Apa-apa pun, good luck Thalita untuk Grand Finale Talk To Manager. Teruskan bersemangat, lakukan sehabis baik nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku makan, roti tu pammm jatuh.. ” – Syamsul Ghau Ghau
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hilang kata-kata masa dengar doa Tok tu. Sebaknya time Kak Pila pandang Tok Red.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

