Artis / Selebriti
” Cute lah Mily catwalk, mini bonda dia betul.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Che Puan Juliana Evans Bersama Anaknya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Sedang Catwalk Di Sebuah Majlis Fesyen Tarik Perhatian Warganet. Alahai Comelnya Mily, Sebijik Macam Che Puan Juliana !!
Umum mengetahui pelakon Che Puan Juliana Evans telah mendirikan rumahtangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor. Pasangan ini turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.
Meninjau di akaun Instagram, CP Juliana telah berkongsi beberapa gambar dan video yang memaparkan CP Juliana bersama anak sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah di sebuah majlis fesyen baru-baru ini. Apa yang menarik, CP Juliana dan Tengku Kamiliah membuat catwalk di atas pentas.
Mengenakan baju gaun berwarna sedondon, kelihatan CP Juliana dan Tengku Kamiliah begitu cantik sekali. Kongsi CP Juliana, ini adalah pengalaman kali pertama buat Tengku Kamiliah membuat catwalk di atas pentas dan ianya begitu bermakna buat mereka.
Tulis CP Juliana lagi, majlis tersebut adalah penampilan pertamanya di khalayak ramai selapas CP Juliana melahirkan anak keduanya dua bulan yang lalu. Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya.. )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Cik Puan Juliana dan memuji kecomelan Tengku Kamiliah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cute lah Mily catwalk, mini bonda dia betul.. Kejap betul dah besar, boleh teman bonda ke majlis.. Bestnya dah boleh jadi kawan.. “
” Mcm patung lah baby girl dia.. Comell betul. Love both of u.. Mily so cute, kita tengok pun ger4m tgk.. Copy Juliana betul lah.. “
” Wahh maintain cantik lah walaupun baru lepas bersalin.. Takpe nanti kurus lagi tu.. Sekarang pun nampak dah kurus.. “
” Cantiknya dua beranak ni.. Mata Mily sebiji mummy dia lah.. So cheeky gambar pada cermin tu.. Senyuman dia heheheh.. “
” She is such a doll.. Intelligent n beautiful as well.. Pls post more videos of her ok mummy Juliana Evens.. Good job Mily.. “
” Omeynyeee Mily.. MasyaAllah. Senyuman kanak2 ni paling ikhlas dan paling indah untuk ditatap.. Comel tengok dia berjalan.. “
” Comel macam mummy dia lah.. Memang mini CP Juliana betul si kakak ni.. Tak sabar nak tengok si kecil tu membesar nanti.. “
Alahai patut lah ramai yang memuji, comel sungguh Tengku Kamiliah. Meksipun ianya adalah pertama kali Tengku Kamiliah membuat catwalk, kelihatan Tengku Kamiliah sangat berani dan pandai membuat gaya. Apa-apa pun semoga CP Juliana terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya serta sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG julianaevens
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen