Artis / Selebriti
” Confirm Sariyanti tengok gelak guling-guling. Cameo penonton paling function ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Jep Sepahtu Bersama Seorang Cameo Penonton Di Sepahtu Reunion Live Buat Warganet Terhibur. Amboi Jep, Siap Makan Bersuap Lagi Yer. Bukan Main Happy Lagi. Cameo Pun Kelakar Sungguh, In Character Sangat. Jep Pun Tak Tahan Tergelak Sama !!
Saban minggu, rancangan Sepahtu Reunion Live pasti dinanti-nantikan oleh semua. Pelbagai isu dan jenaka dipersembahkan untuk menghiburkan penonton baik di dewan mahu pun di rumah. Sepahtu membuat penambahbaikkan apabila melibatkan cameo dari kalangan penonton untuk bersama mereka di atas pentas.
Meninjau akaun Tiktok Munge Kertas, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan gelagat Jep bersama seorang cameo penonton. Makcik yang dipanggil Mak oleh Jep ini adalah pilihan Jep sendiri. Mak diberikan peranan sebagai isteri kepada Jep dalam episod ini.
Walaupun babaknya cuma seketika tetapi lakonan bersahaja Mak dan Jep membuatkan penonton berdekah ketawa. Mak melakonkan babak membawa makanan kepada Jep dan Jep menggunakan peluang ini untuk merealisasikan impian penonton yang selalu menyuruh cameo wanita menyuapnya makan.
Bukan main gembira lagi Jep apabila dapat disuapkan makanan. Tak menyempat Jep, sehinggakan hampir tercekik kerana penuh mulut dengan makanan. Lawak sungguh apabila mendapat cameo yang terlebih sporting seperti mak. Jep dan Pak Ya pun tidak boleh menahan ketawa dengan ayat spontan Mak.
Jom tonton video di bawah :
@azlynymayhs amboi bersuap2 dia dengan jep yaaa hehheehhehe. mak2, kenangan untuk mak ya π«Άπ» #fyp #sepahtureunion #sepahtureunionlive @Gempak @Jeptapan @RahimSepahtu @yannazianzaina @Babah Nadeen2
Sehingga kini, lebih 28 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Penat tengok Sepahtu malam tadi. Cameo penonton paling function ni. sampai rasa nak terkencing ketawa… part last dia bg “terima kasih slam” tu mmg berdekah aku gelakkkk.. ”
” Saya yang ada dekat situ tak tentu arah ketawa.. lepas erra ni yg paling seronok jep kena suap… bersorak semua.. ”
” Harap sari yanti tak suruh jep tido luar sebab mak advance pegang-pegang jep haha.. Jep pun hyper semacam. mentang2 dapat acik2 jd cameo.. ”
” Patut la pilih mak.. Baru berani kena suap.. Kalau pilih muda-muda tak berani jep nak suap-suap ni.. ”
” Terima kasih slam tu yang tak tahannya.. Macam mana boleh auto terkeluar tu, natural je.. ”
” Hahahaha part ni gelak-gelak sampai senak perut weyy. Happy teruk yer Jep dapat suap tu.. Berdekah gelak sy tgk sepahtu.. ”
” Confirm Sariyanti tengok gelak guling-guling.. Cameo penonton paling best setakat ni.. memang kelakar sangat.. ”
Pandai Jep pilih cameo minggu ini, paling function seperti yang diperkatakan oleh warganet. Berdekah semua penonton di dewan dan di rumah melihat gelagat Mak dan Jep. Kali ini berjaya juga Jep makan bersuap ketika live. Confirm Sariyanti tak marah dan tak bagi Jep makan bubur nasi berisi cili, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azlynymayhs, IG Zon Lawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tak boleh tahan, Tengku Muhammad join sekali. Tinggal terus wife dekat bawah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aduh anak ku.. ” – Tengku Ampuan Pahang
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Macam tu je Tunku Azizah rebut mic Tokti. Adoi lawak la Tuanku ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wow bestnya, Alhamdulillah rezeki pengantin baru.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah tahu dah perangai melawak Tengku Muhammad ikut perangai siapa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kalau tak kelakar, itu bukan Tengku Muhammad namanya. Memang tak boleh duduk diam, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Sayunya tengok Tengku Muhammad menangis, biasa tengok happy-happy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Hantar la mak ke rumah orang tua. Mak tak nak susahkan kau.. ” – Mak Azhan Rani