Artis / Selebriti
” Tokti sekali dia masuk air, korang jangan main-main oiii. Dia punya lawak, level lawak mega, haha.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Dato’ Sri Siti Nurhaliza Bergurau Senda Dengan Penonton Ketika Konsert Fenomena Siti Nurhaliza Singapura Buat Warganet Terhibur. Wah Makin Lawak Lah Tokti Ni Sekarang, Berdekah Semua Ketawa. Part Rasa Bersalah Tu Cute Betul !!
Penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza bukan hanya popular di Malaysia, namun juga di negara jiran, Singapura. Selepas konsert Sebuah Epitomis Saya Siti Nurhaliza yang telah berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil pada bulan Mac yang lalu, DS Siti menghiburkan warga Singapura pula dengan konsert Fenomena Siti Nurhaliza.
Bertempat di The Star Theatre, DS Siti telahpun mengadakan persembahannya pada 28 dan 29 Jun. Lebih 10 ribu tiket telah pun terjual dan peminat DS Siti memenuhi segenap dewan. Banyak lagu popular DS Siti dinyanyikan ketika konsert ini.
Seperti selalu, DS Siti akan berinteraksi dan berbual bersama penonton sebagai selingan. Meninjau akaun Tiktok Biskutraksasa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti bergurau mengenai harga tiket untuk yang memilih untuk tempat yang paling hampir dengan pentas.

Ketawa semua penonton di dewan mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut DS Siti. DS Siti memang pandai bergurau tetapi kali ini perangai ‘masuk air’ DS Siti yang spontan berjenaka menggeletek hati semua. Siapa yang tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat DS Siti secara dekat, rela berhabis dan mengikat perut demi membeli tiket. Berbaloi kerana persembahan DS Siti memang memukau penonton.
Jom tonton video di bawah :
@biskutraksasa Konsert 2 dalam 1..!!! #SitiNurhaliza #KonsertFenomenaSitiNurhaliza #sebuahepitomesayasitinurhaliza #Sitizoners #Sitism #SAHEntertainment #konsert2024 #NoSyatu #Lawak #LawakPecahPerut @Siti Nurhaliza @SAH Entertainment
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tokti sekali dia masuk air, korang jangan main-main oiii.. dia punya lawak, level lawak mega oii.. ”
” Tokti ni buka mulut sebut alolo pun sedap. Tatau la camne la tokti ada haters gak. tak paham lah.. ”
” Ayat Tokti ‘ rasa bersalah pulak ‘ tu tergelak aku dengar. Comel lah tokti ni.. tokti ni kt konsert jer boleh dengar lawak2 random dia.. ”
” Adoiiihaiii spontan jee tokti knnn.. patut laa ramai yg sayang.. ayat “rasa brsalah pulak” tuu mmg kelakar weii haha.. ”
” Macam mana tak sayang, baik, peramah.. Mahal tapi kena dengan apa yang diberi semua.. seorang artis yg mempunyai hati budi yg baik.. xder eh artis nk tnya cmtu.. smga murah rzeki selalu tokti.. ”
” Kelakar Tokti ni.. setompok-setompok je dia panggil haha.. Spontan je dia.. queen queen.. rasa bersalah pulak tu lucu dengar.. ”
” Haha lawak tokti ni sangat spontan.. Ni baru betul-betul penghibur.. takde siapa boleh tandingi adab sopan Tokti ni.. ”
DS Siti memang definisi seorang penghibur sejati, puas hati semua sepanjang konsert berlangsung. Semakin seronok peminat melihat perangai ‘masuk air’nya itu. Waktu konsert sahaja boleh mendengar lawak spontan DS Siti. Apa-apa pun, tahniah DS Siti atas kejayaan konsert itu dan semoga terus menghiburkan semua peminat DS Siti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Biskutraksasa, IG Sah Entertainment
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta

