Artis / Selebriti
” Comel lah Bunga, dah pandai bercakap.. ” – Netizen
Video Bunga Elhaq Berceloteh Ketika Bangun Sahur Raih Perhatian Ramai. Alahai Dah Banyak Mulut Lah Bunga Sekarang Ni. Comel Sangat Suara Bunga !!
Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah video terbaru Bunga Elhaq telah meraih perhatian ramai. Bunga merupakan cahaya mata Elisya Sandha dan suaminya, Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada pengarah terkenal Jinggo dan Sheila Rusly.
Video tersebut dirakamkan ketika bangun sahur. Walaupun Bunga tidak berpuasa tetapi Bunga tetap sibuk untuk bangun bersahur. Apa yang menarik ialah Bunga kini sudah pandai bercakap. Wah, banyak celoteh Bunga sekarang. Peramah seperti Nanna Bunga.

Klik gambar untuk info..
Pada pagi tersebut Bunga terpersona dengan cahaya bulan yang cukup terang. Ia dapat dilihat dengan begitu jelas di beranda rumah. Bunga yang begitu teruja turut mengajak ibunya untuk turut sama melihat bulan yang cukup terang dan bersinar.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Seronok melayan celoteh kanak-kanak seusia Bunga ni. Pada usia ini mereka sangat gemar bertanya pelbagai perkara yang dilihatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat telatah Bunga. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Comel la bunga.. dah pandai berckp.. Panggil dadda panggil tok sidang ke bunga . Comel.. Clever girl.. Comel nya dia .. “
” See u soon baby girl.. Nanna missshhh u .. comelnya bunga, so pandai. dah banyak celoteh dia.. My dunia dan akhirat .. “
Bunga merupakan antara anak selebriti yang sering menjadi perhatian di media sosial kerana wajahnya yang comel. Ada yang menyatakan wajah Bunga banyak mewarisi wajah neneknya iaitu Sheila Rusly. Bunga juga mempunyai akaun Instagram yang dikendalikan oleh ibu bapanya.

Apabila anak semakin membesar semakin banyak perkembangan yang dilalui. Rasanya baru sahaja melihat Bunga pandai berjalan kini sudah petah bercakap. Semoga Bunga Elhaq membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Uzairhaqimy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti1 day ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga7 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil


