Artis / Selebriti
” Comel je Aafiyah bergad0h dengan ibu kena nyanyi lagu happy birthday dulu.. ” – Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Paparan Perbualan Whatsapps Sempena Ulangtahun Kelahiran Ibunya, Mak Salmah. Alahai Menyanyi Lagu Birthday Pun Punya Lah Mendayu-dayu Suara Tokti. Part Aafiyah Tiba-Tiba Mencelah Tu Comel !!
Meninjau akaun Instagram penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan menerusi applikasi whatsapps antara Dato’ Siti dengan ahli keluarganya. Sempena hari ulangtahun kelahiran ibunya yang dikenali ramai sebagai Mak Salmah, Dato’ Siti telah mengirimkan sebiji kek istimewa untuk ibunya ini.
Dek kerana keadaan yang tidak mengizinkan, Dato’ Siti tidak dapat bersama ibunya untuk sama-sama menyambut hari istimewa ini. Dalam video pendek ini, dapat didengari suara Dato’ Siti menyanyikan lagu happy birthday bersama puterinya, Siti Aafiyah.
Dato’ Siti turut menitipkan doa agar Mak Salmah sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Turut kelihatan, gambar Mak Salmah bersama adik beradik Dato’ Siti yang lain iaitu Siti Sairah, Siti Norsaida dan Saiful Bahri. Seperti biasa, Aafiyah pasti menjadi tar1kan peminat.
Sedang menyanyi bersama Dato’ Siti, sempat lagi Aafiyah menegur gambar kek di dalam paparan whatsapp itu. Alahai Aafiyah, kec0h suara suruh ibu tengok kek Uwannya itu. Bila ibu dan anak bergabung menyanyi, sedap didengar tambah-tambah dengan lengg0k Dato’ Siti itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini mendapat respon daripada peminat. Tidak hanya suara Dato’ Siti yang lunak merdu itu menjadi perhatian, malahan suara Aafiyah juga. Antara komen-komen mereka :
” Birthday to Mak Salmah.. di doakan semoga sentiasa dilindungi AllahSWT serta di beri kesihatan yg baik.. aamiin.. ” – Tengku Zawyah
” Nyanyi lagu bfday main2 pun sedap. sdap je bunyi nyanyian gabungan ibu & anak, lembut je. Ulang2 sy dgr suara tokti n aafiyah nyanyi such a lovely voice.. “
” Selamat hari lahir Tok Wan. Comell aafiyah menyanyi, Tone placement almost perfect. Okay anak Siti Nurhaliza, mestilah macam Siti Nurhaliza. Hahahah comellahh Tokti.. “
” Lagu besday pon sodapppp kalau tokti nyanyi. aww comelnya Aafiyah ikut ibu nyanyi, Comel dua-dua lah. Comel je bergad0h dengan ibu kena nyanyi lagu happy birthday dulu. Haha.. ”
” Toktiii so cute nyanyi lagu birthday pun sedap. Sedap g1la part yang akh1r tu. Aafiyahhh gelak pun merdu.. “
” Barakallah fii umrik Mak Salmah. Comelnyaa suara aafiyah, nyanyi pibeday kat whatsapp voice note pun sedap tokti heilahai.. “
” Comel nyer Afiyah nyanyi Hppy birthday to wan. Haii, nyanyi santai santai pun merdu siap berbunga.. “
Alahai merdu sungguh suara Dato’ Siti lagi-lagi part last tu, mendayu-dayu lagi. Santai namun ada gaya tersendiri la Dato’ Siti ini. Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran untuk Mak Salmah dengan harapan semoga Mak Salmah sentiasa dikurniakan Allah kesihatan dan umur yang panjang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk, IG Siti Sairah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen