Artis / Selebriti
” Comel betul Omar melatah. Tak jadi nak marah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Zahiril Adzim Melatah Ketika Di Set Penggambaran Aku Bukan Ustazah Buat Warganet Terhibur. Amboi Omar, Ingat Kan Garang Sangat. Rupa-Rupanya Kaki Latah. Berdekah Dibuatnya, Haha !!
Watak yang dibawakan oleh Zahiril Adzim antara yang menjadi perbualan ramai peminat setia drama Aku Bukan Ustazah. Sikap Dr Omar dalam drama ini mengundang amarah penonton. Bukan sahaja penonton wanita tetapi kaum lelaki pun naik angin melihat watak yang dilakonkan oleh Zahiril itu.
Meninjau akaun Tiktok Alia Ramly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di set penggambaran ketika Zahiril sedang berehat. Kelihatan Zahiril berbual bersama beberapa orang kru produksi sambil menunjukkan sesuatu di telefon bimbitnya.
Ketika Zahiril meletakkan handphonenya di atas meja, salah seorang kru membuat aksi flip botol dan botol itu ditujukan betul-betul di hadapan Zahiril. Terkejut dengan bunyi botol tersebut, Zahiril spontan mengambil botol itu dan memegangnya seperti sedang bercakap di telefon.
Zahiril memang seorang yang cepat melatah jika diusik, sama seperti sahabat-sahabat baiknya Beto dan Azhan Rani. Tergelak semua yang ada di situ melihat gelagat spontan Zahiril melatah. Mujur lah Zahiril ini sporting orangnya, semakin seronok semua menyakat Zahiril.
Jom tonton video di bawah :
@aliaramly38 Omar Omar.. melatah rupanyaaa Dalam drama je mcm ehhh nak tibai.. luar drama Zahiril bukan mcm Omar.. #akubukanustazah #omar #dramasangat #akasia #tonton #dramamelayu #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 70 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku tunggu je dia melatah masa marahkan Aminah haha.. selalu kacau beto dlm cter gangster underworld la ni.. berjangkit.. ”
” Baru tahu dia kaki melatah, alahai.. Melatah Omar ni.. comel betul dia melatah. tak jadi nak marah haha.. ”
” Haha melatah rupanya Dr Omar ni haha.. Masa marah tak melatah eh haha.. ada yang geram sangat tu baling botol.. ”
” Ku ulang banyk kali supaya doc omar penat melatah haha. Macam ni Omar melatah, cute je.. Lawak jugak omar ni rupanya.. ”
” Ooo begini perangai engko Omar haha.. kurang sikit rasa marah dekat omar.. lucu latah dia tu haha.. ”
” Muka tetap cool walaupun melatah.. botol tu dah jauh sikit dr dia. tpi dia tgkp jgk HAHAHA aduii lawaklah.. ”
” Patut lah dia ni bestie dengan beto, melatah rupanya Omar haha.. Beto aku tahu jenis melatah, dia ni aku baru tahu.. respon cepat melatah walaupun cool.. ”
Walaupun melatah, muka Zahiril tetap cool sahaja. Kelakar juga orangnya di set penggambaran. Tentu semua orang pun happy bekerja dengan Zahiril. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aliaramly38
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar