Artis / Selebriti
” Comel anak-anak Lisa. Yang paling kecil tu sebijik macam Lisa.. ” – Komen Netizen
Gambar terbaru anak-anak Datin Lisa Surihani dan Datuk Yusry Abdul Halim raih perhatian ramai. Wah jarang Lisa kongsi gambar anak-anak. Dah besar semuanya, comel-comel belaka. Yang bongsu tu copy paste Lisa sangat..
Datin Lisa Surihani antara pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam industri seni tanah air. Boleh dikatakan semua filem ataupun drama lakonan Lisa sejak dahulu sering kali mendapat pujian ramai. Namun sekarang, Datin Lisa kurang aktif dalam dunia lakonan setelah bergelar ibu kepada 3 orang cahaya mata.
Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed di akaun Instagram, telah dikongsikan beberapa gambar terbaru Lisa bersama suaminya, Datuk Yusry Abdul Halim dan anak-anak mereka.
Ada yang memuji Lisa tetap cantik berseri walaupun tidak memakai sebarang alat solek pada wajahnya. Dalam pada itu, ramai peminat turut mendoakan Lisa sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang dan rumahtangganya dilindungi Allah selalu.

Selain daripada itu, warganet juga turut memuji kecomelan anak-anak Lisa. Sebelum ini Lisa jarang berkongsi gambar mereka di media sosial. Sesekali memuatnaik gambar anak-anak, pastinya perkongsian Lisa meraih perhatian peminat.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian oleh Lisa. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel anak2 Lisa.. Yang paling kecil tu macam Lisa.. Gambar last tu so sweet. Semoga kekal berkasih sayang sehingga jannah. Aminnnn.. “
” MasyaAllah all the children are so cute. Yong looks similar mcm mummy. So sweet.. Gambar last tu so sweet. Semoga kekal berkasih sayang sehingga jannah.. “
” Alhamdulillah, semoga keluarga ini sentiasa berada dalam Lindungan & Rahmat Allah s.w.t.. Suka betul tengok keluarga ni.. Tenang je rasa.. “
” Masyallah Tabarakallah dah besar2 semuanya.. Last picture tu Alhamdulillah… Aamiin pasangan yang ideal semoga bahagia hingga ke jannah.. “
” Yang gurl tu ada your smile kak lisa.. Manis betul tengok.. Dah besar anak-anak kak Lisa.. Semuanya comel-comel sangat.. MasyaAllah.. “
” Lisa tak makeup pun cantik sangat.. Suka tengok Lisa sekeluarga.. Semoga sentiasa berada dalam Lindungan & Rahmat Allah s.w.t.. “
” Alhamdulillah keluarga bahagia.. Semoga Lisa sekeluarga sentiasa dalam lindungan Allah.. Rumah tangga Lisa dan Yusry berkekalan hingga ke syurga.. “
Untuk sekadar info, Lisa dan Yusry telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata yang diberi nama Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan juga Yunos Laith.

Silakan SHARE..
Sumber : IG lisasurihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti21 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

