Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya tulisan Tuanku, classic handwriting tu mahal.. “- Netizen

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Kongsi Koleksi Buku Resipi Milik Baginda Namun Tulisan Tangannya Cur1 Perhatian Ramai. Kemas Dan Berseni Sangat !!

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah sememangnya antara tokoh kenamaan yang diikuti oleh ramai di laman sosial Instagram dan Twitter nya. Tunku Azizah yang aktif di laman sosial ini sering berkongsikan berbagai gambar dan video masakan hasil air tangannya sendiri.

Tunku Azizah yang lig4t di dapur ini sangat mahir memasak pelbagai juadah dan kuih muih. Malahan setiap kali dikongsikan gambar masakannya ini pasti mendapat puluhan ribu tanda suka. Netizen juga ramai yang mengikuti resepi Tunku Azizah yang ringkas namun hasilnya begitu menyelerakan.

Meninjau akaun Instagram Tunku Azizah, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memperlihatkan koleksi buku resepi milik baginda. Segala resepi keluarga yang dikumpulkan dari zaman remaja Tunku dicatatkan dalam buku-buku ini sebagai rujukan.

Melihat gambar helaian buku yang dipamerkan ini, kelihatan tulisan tangan Tunku Azizah yang sangat kemas dan teratur. Malahan tulisan itu nampak berseni dan berbagai jenis tulisan ditulis oleh permaisuri. Sangat teliti dan lengkap dengan indek untuk memudahkan pencarian resepi.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

https://www.instagram.com/p/CHJhm1SBjUR/

Tunku Azizah turut berkongsi timbunan buku resepi yang dimilikinya dan sayangnya resepi ini tidak diizinkan untuk dicetak sebagaimana permintaan netizen. Secret recipes tentulah berharga nilainya.

https://www.instagram.com/p/CHJij9GBBVA/

Banyak sungguh buku resepi Tunku sejak dari zaman remaja lagi. Tulisan Tunku itu memang cantik dan ini mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Adore your handwriting Tuanku. Amazing handwriting which Ive always loved. Masha Allah… cantiknya tulisan Tuanku tersusun, sgt kemas, tak ada seng3t2 pun. Tulisan cantik mcm ni buat kita lagi nak baca .. “

” MasyaAllah. Wow Bentuk huruf a maintain dari awal smpai akhir. cantiknya tulisan tuanku,kemas dan senang untuk dibaca dan difahami.. “

” Kemas lah Tuanku’s handwtitting. Classic handwriting tu mahal tu, queen. Macam-macam jenis tulisan Tunku pandai, semua pun cantik.. “

” Ampun Tuanku. Cantiknya tulisan macam tulis atas pembaris. Cantik sekali tulisan secantik tuannya.. “

” Beautiful handwriting Tuanku…so rare nowadays. tulisan tu cantik sungguh. Orang kalau cantik, semua buat mesti cantik.. “

” Cantik tulisan Tuanku… cara tulisan orang lama ni… kemas, teratur dan mudah dibaca… Ada seni tersendiri Tunku.. “

” Penmanship handwriting tuanku lawa la.. Adore sangat. Tuanku pun minat Garfield ye, comelll.. “

” Cantik tulisan tuanku..comel je nama panggilan tuanku.. zizi.. antik sungguh tulisan tangan Tuanku..menggambarkan seorg individu yg sangat kreatif dan berseni.. “

Tidak hairanlah Tunku Azizah sangat pandai memasak, ada ratusan resepi rahsia turun temurun yang diwarisinya. Tidak hanya cantik, malah berseni sangat permaisuri kesayangan rakyat ini. Semoga usaha Tuanku untuk menyiapkan buku resepi untuk anakanda dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Airtangan_tunkuazizah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT