Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya bakal isteri Putera Mateen bila berhijab.. ” – Netizen

Gambar Rasmi Terbaru Bakal Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Dan Dayang Anisha Rosnah Adam Tarik Perhatian Warganet. Wah Sama Cantik Sama Padan. Bertambah Ayu Dayang Anisha Bila Berhijab, Extra Cantik !!

Sebagaimana yang dikhabarkan pada bulan lalu, Putera kepada Sultan Brunei Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Dayang Anisha Rosnah Adam pada bulan Januari. Majlis akan berlangsung selama 8 hari bermula 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.

Pasangan ini yang sudah lama menjalin hubungan cinta akhirnya bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah. Memandangkan ianya adalah majlis perkahwinan diraja, banyak majlis rasmi dan keraian yang akan diadakan mengikut protokol kerajaan Brunei.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Putera Mateen bersama Dayang Anisha. Putera Mateen kelihatan segak sekali dengan persalinan rasmi yang menunjukkan darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Putera Mateen.

Dayang Anisha pula yang berwajah cantik semakin terserlah kejelitaannya apabila mengenakan sepasang baju kurung berwarna biru muda dan hijab sedondon warnanya. Pasangan ini disifatkan oleh warganet antara pasangan yang sangat sepadan dan sama cantik.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Prince tu betul-betul muka putera raja. beautiful couple.. Congratulations HRH Prince MB and YM. Dayang Anisha Rosnah binti Adam.. ”

” Alhamdulillaah.. sama cantik sama padan.. didoakan agar pasangan ini kekal hingga ke jannah.. ”

” Wow sama padan, cantik dan kacak.. Prince and Princess in real life.. Alhamdulillah cantik sangat-sangat Anisha.. ”

” Cantiknya bakal isteri Putera Mateen bila berhijab. Makin bertambah jelita dan wajah tu auto bertukar.. Lain betul hampir tak cam tadi.. ”

Klik gambar untuk info..

Nampak sepadan sangat Putera Mateen dengan bakal isterinya. Yang pasti majlis dalam masa 10 hari mendatang akan menjadi sejarah dan kenangan manis untuk pasangan pengantin baru ini. Tentu cantik busana pengantin Putera Mateen dan Dayang Anisha nanti.

Esok bakal bermula debaran untuk pengantin baru ini dan 11 Januari adalah Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja, manakala 14 Januari pula majlis persandingan. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan untuk Putera Mateen dan Dayang Anisha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Anis.haikk, IG dayang_anisha_rosnah, IG putera mateen

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT