Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya baju Tokti, dah macam pengantin Hindustan.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Penampilan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Memakai Baju Tema Bollywood Raih Perhatian Warganet. Gambar Tokti Dengan Datuk K Tu Paling Sweet. Dah Macam Hero Dan HerOin Filem Hindustan Lah !!

Apa sahaja perkongsian oleh penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza pasti akan menjadi perhatian ramai. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Siti, telah dikongsikan dua posting terbaru yang memaparkan Dato’ Siti menghadiri satu majlis.

Menerusi video itu, kelihatan Dato’ Seri Siti bersama beberapa kenalan cantik mengenakan baju bertemakan Bollywood. Manakala gambar pula memaparkan Dato’ Seri Siti posing bersama suami tersayang, iaitu Datuk Khalid.

Klik gambar untuk info..

Tulis Dato’ Seri Siti pada kapsyen bahawa Datuk K seperti pelakon Bollywood, Rajesh Khanna, manakala Dato’ Seri Siti pula adalah Mumtaz. Selain itu, Dato’ Seri Siti berkongsi mengenai baju yang dipakai itu adalah hadiah daripada sahabatnya yang dibeli dari negara India.

Perkongsian oleh Dato’ Seri Siti ini sekali lagi menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan penampilan Dato’ Seri Siti kelihatan cantik dan menyakat pasangan ini seperti pasangan pengantin Hindustan. Sehingga kini, gambar dan video Dato’ Seri Siti memakai baju tema Bollywood menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Dato’ Seri Siti dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya baju Tokti, dah macam pengantin hindustan.. Auto nampak muda macam zaman muda-muda dulu lah.. “

” Ishhhh.. Comel betul lah Tokti ni. Ada menari hindustan tak Tokti.. Baju cantik sangat dah tu, hehe sweet je tengok gmbar pasangan ni.. “

” Color and design ni mmg sgt onzzzz la dengan Kak Iti.. Lovely lovely lovely tengok.. Dh macam pasangan bollywood.. “

” Fuhyooooo lawoooonya.. Pasangan serasi bersama.. Semoga terus kekal bahagia hingga ke syurga ya Dato’ Siti dan Datuk K.. “

” Cantik semuanya.. Dari baju, makeup pn nak berseri2.. Nampak lain dari sebelum ni.. Swee tengok Dato’ Siti dan suami.. “

” Amboi2 sesekali Dato Khalid & Dato Sri Siti Bollywood seh.. Cantiknya manis senyuman. Kalau Aafiyah n Afwa pakai baju Bollywood mesti comel2 kan.. “

” Tok ti dngn Datok K mcm Sunny Deol dan Preity Zinta lah.. Jarang nk dapat tengok gambar-gambar sweet mcm ni, hehehe.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai sweet sungguh pasangan ini bergambar bersama. Tak salah sesekali berangan pun, memang cantik penampilan Dato’ Seri Siti. Apa-apa pun semoga Dato’ Seri Siti dan Datuk K akan terus bahagia bersama dan kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT