Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya baju, semua orang pandang Tokti catwalk.. ” – Netizen

Muatnaik Video Hadir Ke Sebuah Majlis, Penampilan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Pujian Peminat. Wah Lawa Baju Tokti. Katanya Hanya Ambil Satu Hari Saja Siapkan Baju, Express Betul !!

Pastinya penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mempunyai ramai peminat. Sejak dari awal kemunculannya dalam industri seni, perkembangannya sehinggalah sekarang sudah bergelar isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata sentiasa diikuti ramai.

Meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Siti, dikongsikan video yang memaparkan Dato’ Seri Siti telah hadir ke sebuah majlis. Menerusi video itu, Dato’ Siti kelihatan begitu cantik mengenakan busana berwarna kelabu. Ketika Dato’ Siti berjalan, kelihatan beberapa orang memegang telefon mereka untuk mengambil gambar atau video Dato’ Seri Siti.

Klik gambar untuk info..

Tulis Dato’ Seri Siti di ruangan kapsyen, baju yang dipakainya itu hanya mengambil masa satu hari sahaja untuk siap kerana Dato’ Seri Siti membuat tempahan pada saat akhir. Akui Dato’ Seri Siti lagi, solekan pada wajahnya juga dilakukan sendiri olehnya kerana mahu cepat.

Perkongsian video tersebut mendapat perhatian warganet. Ada yang mengatakan suka melihat penampilan Dato’ Seri Siti yang manis dan sopan. Sehingga kini, video baru itu menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai baju yang dipakai Dato’ Seri Siti, ramai yang memuji solekan Dato’ Seri Siti. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

 ” Cantiknya baju, semua org suka pandang toktie catwalk.. Siap dorang buat video, ambik gambar ye.. Aura positif dari Tokti.. “

” Habis semua mata memandang apabila Queen kesayangan malaya lalu.. No. syatuuuuuu.. Manis jer tengok solekan Toktik simple tapi naik seri.. “

” Kalau dah memang cantik.. Tok ti tak make up.. Make up manis2 make up sndri pun cantik sangat tau.. Sopan je baju, suka lah tengok.. “

” Mashaa Allah tabarakallah… Terpegun semua orang tengok.. Tak pernah tak cantik lah penyanyi kesayangan semua orang ni.. “

” Dalam baju siap express macam tu pun dah lawa, kalau berhari2 berminggu mahunya lagi letop.. Btw Toktie memang lawa sangat.. “

” Cantik dan sopan lah.. Muka toktie ni  tak jemu dpndang.. Lemah lembut sopan santun.. Keayuan wanita Melayu asli.. “

” Tokti tokti.. Knp.laa… Knpp…. Cantikkk jeee… Sy dr kecik minat Tokti tau.. Makin hari mkin berseri-seri Tokti, hehe.. “

Klik gambar untuk info..

Patut lah ramai yang memuji, cantik sungguh busana Dato’ Seri Siti. Orang kalau sudah cantik, pakai lah baju apa sekali pun pasti akan kelihatan cantik dan terletak elok. Apa-apa pun, tahniah Dato’ Seri Siti yang masih mengekalkan imej yang sopan dan manis sampai ke hari ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT