” Cantik sungguh ciptaan Allah, mata dia tu.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Emma Maembong, Gabriel Yang Sedang Asyik Minum Susu. Wajah Close Up Gabriel Raih Perhatian. Anak Mata Tu Jelas Betul Warnanya. Comel Sungguh, Macam Anak Patung !!

Sudah sebulan usia anak lelaki sulung Emma Maembong dan Shazli Azhar, Gabriel. Sejak hamil lagi, Emma sudah membuka akaun Instagram khas untuk anaknya ini menggunakan daftar nama Eslovestory. Perkongsian sejak Emma hamil dan perkembangan Gabriel dikongsikan di akaun ini untuk tontonan peminat.

Hasil tinjauan kami di Instagram Eslovestory, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan Gabriel sedang diberikan susu menggunakan botol berjenama Comotomo. Wajah Gabriel yang dirakam dengan dekat itu menampakkan dengan jelas mata Gabriel yang berwarna grey itu.

Wajah Gabriel ini sudah dikongsikan sejak seminggu usianya lagi sering mendapat perhatian peminat. Malahan setiap kali dikongsikan gambar atau video Gabriel, perkongsian itu pasti mendapat jumlah likes dan view yang banyak daripada peminat.

Beberapa hari yang lepas, Emma ada berkongsikan gambar photosho0t pertama Gabriel. Selain wajahnya yang dikatakan peminat seperti anak patung, warna mata Gabriel turut meraih perhatian. Memang menarik sungguh warna matanya itu dan menjadi tarikan ramai.

Jom tonton video di bawah :

Seperti biasa pastinya mata Gabriel yang mencur1 perhatian. Kali ini bahagian matanya di zoom lebih dekat dan memang jelas ianya grey. Antara komen-komen peminat :

” Auuu cute, grey eyes. Masya Allah comelnya. Cantiknya eyes dia.. “

” Oh my God, mata dia… comelnyaaaa.. Warna anak mata dia cantiknya.. love betul tengok.. Masya allah his eyes miraculously stunning and beautiful. Comelnya mata dia.. “

” Ya Allah, cantiknyer mata awak.. kiutnya mata tu cantik sangat.. Cantik sungguh ciptaan Allah.. Mata dia tu, warna kelabu lagi. Comel sangat la.. “

Betullah kata pepatah, mana tump4hnya kalau tidak ke kuah. Mata Gabriel ini memang nampak seperti mata Emma. Malahan ibu Emma, Janet juga ada berkongsi wajah cucunya ini di Instagramnya dan mengakui wajah Gabriel sama seperti Emma dahulu.

Darah kacukan Scotland yang Emma warisi daripada ibunya itu nampaknya sudah beralih ke wajah Gabriel. Putih gebu dan mata yang menarik, tentu Gabriel akan menjadi kesayangan ramai. Apa pun, semoga Gabriel membesar dengan sihat dan Emma sekeluarga bahagia selalu bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eslovestory, IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..