Artis / Selebriti
” Boleh pula main musical chair eh, haha.. ” – Komen Netizen
Video babak Jep Sepahtu, Datin Maria Farida dan Ropie main musical chair dalam Sepahtu Reunion Live di Singapura buat ramai terhibur. Tiba-tiba je datang idea Jep, spontan betul babak ni. Datin Maria pun melayan je perangai masuk air Jep, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Sepahtu Reunion Live Official, perkongsian sedikit babak persembahan mereka ketika di Singapura baru-baru ini telah membuatkan ramai terhibur. Dalam babak tersebut memaparkan lakonan Datin Maria Farida, Jep Sepahtu dan Ropie.
Apa yang membuatkan penonton berdekah apabila Jep sempat lagi menjadikan babak tersebut dengan bermain musical chair. Ketika masing-masing berpusing di keliling meja secara tiba-tiba muzik dihentikan, Jep segera mengambil kerusi dan terus duduk.
Melihatkan gelagat Jep, Datin Maria turut sama mengikutinya. Kemudian babak bersambung dengan berpusing mengelilingi meja. Baru sedikit babak yang ditunjukkan sudah cukup menghiburkan. Kalau adanya Jep, sememangnya penonton tidak akan kering gusi ketawa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih satu ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk info, Sepahtu Reunion telah membuat tour mereka ke Singapura untuk bertemu dengan peminat-peminat mereka di negara tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” One of my favourite part smlm kekek la korang.. Boleh pulak main musical chair eh, haha.. bila nak live kat brunei pula.. “
” Takde tunjuk mana² tv kt malaysia ke..huhuhu…nk tgk plsss.. nanti buat la siaran ulangan kmi msia nk tgok.. Jep memang lawak padu.. “
” Lepas ni klu ada SRL terbaru nk siar kt channel mana..Astro Warna Isnin ni last bersiaran.. harap harap ada ulangtayang kat astro.. “
” Cantik betul Maria Farida dia dengan jasmin Hamid memang cantik dari dulu lagi.. Nnt ad tayang kt astro ke? Sooka ke? Alaaa nk tgok jugk .. “
Selain Datin Maria Farida dan Ropie, turut serta dalam Sepahtu Reunion Live ini ialah Anna Jobling dan juga Ajai. Ramai peminat di Malaysia berharap agar persembahan mereka di Singapura ini akan dipertontonkan di kaca televisyen juga.

Persembahan Sepahtu Reunion sememangnya tidak pernah mengecewakan dan selalu mencuit hati. Walaupun Datin Maria bukanlah seorang pelawak, namun tetap boleh menjayakan persembahan bersama Sepahtu Reunion dengan penuh gelak tawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sepahtu Reunion
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim

