Artis / Selebriti
” Ini bukan plywood, ini Old Money.. ” – Ajai
Video kejutan kemunculan Ajai sebagai cameo dalam Sepahtu Reunion Live Singapura mendapat sorakan ramai. Wah bukan selalu dapat tengok Ajai berlakon. Terus bawa imej Old Money, hehe..
Buat kali pertamanya, sitcom Sepahtu Reunion Live bersiaran di bumi Singapura. Tarikh 30 November menjadi tarikh istimewa untuk Jep Sepahtu, Rahim dan Roy Bundle apabila mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan semua peminat rancangan tersebut.
Sebagai penambah rencah untuk persembahan Sepahtu Reunion di Singapura, pelakon Anna Jobling, Maria Farida dan pelawak Ropie menjadi artis jemputan. Sitcom popular ini yang berlangsung di Arena Expo Hall 7 Singapura mendapat sambutan hangat daripada seluruh rakyat Singapura.
Meninjau entry di akaun Instagram Sepahtureunionlive, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan komposer terkenal, Ajai muncul sebagai cameo. Ianya sememangnya tidak dijangkakan untuk team Sepahtu Reunion kerana identiti cameo sememangnya dirahsiakan.

Riuh suasana di dewan apabila Ajai keluar ke pentas. Hadir dengan imej Old Money, Ajai berjaya membawakan wataknya dengan baik. Jep sempat menyakat Ajai mengatakan Ajai membawa papan plywood. Sporting sungguh Ajai, memeriahkan lagi suasana.
Jom tonton video di bawah :
Walaupun ini kali pertama team Sepahtu Reunion Live bersiaran di Singapura, tetapi sambutannya cukup baik dan tiket yang dijual juga laku. Jep juga ada berkongsikan gambar-gambar sekitar rehearsal dan sekeping gambar di akhir siaran bersama semua penonton.

Kenangan manis untuk Ajai bersama Sepahtu Reunion Live dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Kejayaan pertama Sepahtu Reunion Live di Singapura dan jika ada rezeki lagi pada masa hadapan, Sepahtu Reunion Live akan bertemu semula dengan semua orang Singapura.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sepahtureunionlive, IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

