Artis / Selebriti
” Bila Tokti dan Bangmel bergabung, memang pecah lah. Dua-dua masuk air.. ” – Netizen
Video Syamel Tiba-Tiba Dipanggil Naik Ke Pentas Oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Alahai Bangmel, Sempat Ajak Tokti Buat ‘Love’ Lagi Yer. Tokti Pun Layan Je, Sporting Betul !!
Konsert penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah pun berlangsung dengan jayanya dua hari lepas. Mendapat sambutan yang hangat daripada semua peminat DS Siti, selain persembahan yang hebat, ianya turut diselangi dengan element kejutan oleh DS Siti sendiri.
Meninjau akaun Tiktok Syamel, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika DS Siti secara tiba-tiba memanggil Syamel untuk naik ke pentas. Syamel dan Ernie hadir ke konsert ini sebagai peminat, alih-alih nama Syamel ‘diseru’ oleh DS Siti.
Meminta Syamel untuk sama-sama menyanyi bersama, ianya persembahan yang memukau semua yang hadir. DS Siti memang sporting, begitu juga Syamel. Sempat Syamel mengusik DS Siti dan memuji DS Siti lagi cantik apabila bertemu secara depan-depan.

Syamel memang sudah diketahui peminat suka berjenaka dan ianya menambahkan lagi keserian dalam persembahan mereka itu. Amboi Bangmel, siap request DS Siti buat ‘love‘ bersama lagi. Memang padu gabungan suara DS Siti bergandingan dengan Syamel.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@syamel_official dengar cite tanjak tak tanggal lagi #sebuahepitomesayasitinurhaliza @Siti Nurhaliza
@reenloey Dua-dua pun masuk air. hahahhaha @Siti Nurhaliza @syamel_official #sebuahepitomesayasitinurhaliza #sitinurhaliza #syamel
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Bila tokti dan bangmel bergabung, memang pecah lah. Dua-dua masuk air , tak henti ketawa tengok dorang berdua ni.. ”
” Syamel dengan Ernie ni macam anak angkat tokti tau.. haha cute sangat.. sayang betul tokti dengan drng berdua ni.. ”
” Kak nini tengok bangmel ni, main mini love pulak dengan kak iti haha.. terbaik lah Syamel.. spontan pun tetap performed.. ”
” Ni video paling tunggu release tau. kenapa aku sengeh seorang tengok gelagat tokti dengan syamel ni.. terbaik lah tokti.. ”
” Comel perangai bangmel, alolo spontan rupanya. Rezeki bangmel dapat berduet dengan Tokti.. sayang beno tokti pada dia.. ”
” Dah lah suara sedap lepastu pelawak lagi haha.. ee mini love lak ekk, haha amboi.. Lawak lah siti dengan syamel ni.. ”
” lepas buat mini love, bang syamel tdo mana mlm tu haha.. comel lah, Apasal aku ulang byk kali ni mse dato siti ngn syamel buat mini lov .. Nmpk cantik sgt dato siti senyum.. ”
Rezeki Syanmel dapat berduet dengan DS Siti, depan ribuan penonton pula tu. Satu penghargaan daripada DS Siti untuk adik kesayangannya ini. Semoga kedua-dua penyanyi hebat ini sentiasa success dalam kerjaya dan terus mewarnai dunia seni dengan bakat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Syamel, IG Ctdk, IG Syamel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti5 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen

