Artis / Selebriti
” Bila nak keluar sayang ayah ni. Lama benar duduk dekat dalam.. ” – Suami Bonda Rozita
Video suami Bonda Rozita mengusik mengatakan bonda hamil buat warganet terhibur. Alahai sampai malu Bonda kena usik macam tu. Lawak betul lah suami bonda ni, haha..
Umum mengetahui Bonda Rozita telah pun mendirikan rumahtangga bersama abang sulung Rebecca Islam tahun lalu. Pasangan ini sering membuat live bersama dan berkongsikan banyak ilmu yang bermanfaat untuk semua followers mereka di akaun media sosial mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok ayah.bonda22, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suami Bonda Rozita bersama bonda di sebuah restoran. Suami Bonda Rozita membiasakan dirinya dengan gelaran ‘ayah ‘. Video ini mencuit hati warganet kerana usikan Ayah kepada Bonda Rozita.
Ayah memegang bahagian tepi perut Bonda Rozita dan membuat aksi seolah-olah sedang bercakap dengan bayi dalam perut Bonda. Kata Ayah, bayi dalam kandungan Bonda Rozita baru berusia sebulan lebih dan telah pun melepasi proses persenyawaan.

Gelagat Ayah itu membuatkan Bonda Rozita malu-malu dan menepuk-nepuk tangan suaminya itu. Bukan main lagi Ayah, sudah membayangkan mengagah si kecil lagi. Namun hakikatnya, Bonda Rozita sudah tidak boleh mengandung lagi. Bak kata Ayah di ruang kapsyen, sekiranya ada rezeki, dia lah orang paling gembira.
Jom tonton video di bawah :
@ayah.bonda22 Mana boleh mengandung lagi… 😂 Ayah ni memang suka menyakat je. Tapi biasalah… bila usia senja, gurau dia lain macam — konon kalau “ada rezeki” lagi, Ayah lah orang paling bersyukur sekali 🤭 Beginilah cinta… tua yang damai, nak berkawan sampai syurga, penuh usik-mengusik, gelak tawa dan gurauan yang buat hati tetap muda. Usia mungkin makin senja, tapi cinta kadang masih macam pengantin baru… bezanya, sekarang lebih banyak menyakat daripada malu-malu m
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Semoga AyahBonda bahagia hingga ke Jannah. suka tengok ayah mengusik bonda. bonda pun malu-malu kena usik macam tu.. “
” Tu baru romantik kan bonda. Berusia ni kita nak pasangan yg Happy kan kita kan bonda.. Dato Aliff bakal dapat adik baru.. “
” Alhamdulillah hepi ayahbonda.. gurau-gurau camni yang buat bahagia.. ayah tu kelakar betul, bonda pun happy ada suami suka menyakat.. “
” Ayah suka mengusik bonda.. lawak lah ayah ni, bergurau macam anak muda, suka pulak kita tengok.. part ayah tanya bila nak keluar tu lawak.. “
” Suka tengok, ayah kelakar.. mana tahu Allah nak bagi. haha kang tetiba papa laris dapat adik bongsu hehehe.. “
” Bonda mengandung ke, alhamdulllah hehe.. Mcm suami sayala kita umur dh 49 ni patut kuar cucu ni dia nk scan perut kita ada baby ke tak haha.. “
” Lawak la suami bonda ni haha.. kalau betul bonda mengandung, memang gempak lah haha. confirm tak henti berbunyi mulut dato’ aliff nanti.. “
Tumpang seronok warganet melihat telatah Ayah mengusik Bonda Rozita itu. Andai kata terjadi keajaiban dan Bonda Rozita hamil, tentu kecoh semuanya terutamanya Dato’ Aliff Syukri. Apa-apa pun, itu hanya lah sekadar gurauan Ayah dan Bonda semata-mata dan semoga pembaca turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ayah.bonda22
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment ni touching tau, I pulak yang cry.. ” – Komen Netizen

