Artis / Selebriti
” Beraninya Bonda reveal harga dan barang-barang. Semuanya berharga.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video house tour rumah Bonda Rozita buat ramai terpegun. Wah cantik betul dekorasi English Kontemporari sentuhan Bonda Rozita. Terkejut dengar harga barang-barang dalam rumah..
Meninjau ke akaun Instagram Bonda Rozita Ibrahim, satu perkongsian yang meraih perhatian ramai telah dimuatnaik yang memaparkan sudut pertama ruang tamu di kediaman eksklusifnya, Caylora. Perkongsian ini amat dinantikan oleh pengikut Bonda.
Menurut Bonda Rozita, pada usia yang semakin matang ini, beliau hanya ingin menikmati apa yang suatu ketika dahulu terpaksa ditahan dan ditangguhkan. Sejak muda, beliau mengamalkan sikap berjimat-cermat. Setiap keinginan disimpan, setiap hajat diperam demi memberi laluan kepada perkara yang lebih utama.
Baginya, kesabaran itu ada ganjarannya dan hari ini beliau merasai nikmat tersebut dengan penuh ketenangan, tanpa rasa bersalah. Ruang tamu pertama di Rumah Caylora itu tampil dengan sentuhan konsep English Kontemporari yang direka sepenuhnya daripada idea dan kreativiti Bonda sendiri.

Kebanyakan perhiasan di ruang tersebut terdiri daripada barangan tembaga dan kristal yang jarang ditemui di pasaran biasa. Setiap satu merupakan pilihan dari luar negara. Bonda juga merupakan peminat serta pengumpul barangan antik, yang kemudiannya dipadankan dengan elemen English moden.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan dekorasi Bonda. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Masya Allah Tabarakallah… cantik sangat, semoga bonda sihat sentiasa dan semoga dipermudahkan segala urusan bonda sekeluarga .. “
” Masyaallah tabarakallah house tour yg di tunggu² di youtobe bumi ratu chanel ade ke bonda, Setuju bonda Allah izinkan dengan perjalanan sabar yg jauh. Masha Allah.. “
” Berani nya bonda reveal harga dan brg2 kt public.Semuanya berharga, Tq bonda,bwk kami jln2 kt umah mewah bonda..seronok tgk,kemas & teratur.. “
” Cantik nya suka tengok terima kasih bonda tunjuk suasa indah alam ciptaan Allah dengn pemandangan yg sangat cantik.Subha Nallah.. “
” Bonda tak blk rumah London ke? suka tgk vibes nye .. Bonda.. tengahari tadi saya tertidur lepas tu saya mimpi bonda pregnant. Entah lah kenapa .. “
” Cantik sgt rmh bonda.. MasyaAllah.. Sy suka konsep mcm ni,konsep open y blend with nature.. bila msuk rumah.. legaaa je rasaa .. “
” Bonda jnis org kuat bkerja mmg patut nikmati hasil ..mampu bli brg apa yg bonda nmpk cntik..tp mmg btul semua cantikk2 tmasuk lh bonda yg cantik bseri.. “
Ada juga yang berharap agar sesi house tour penuh dimuatnaik ke saluran YouTube miliknya kerana tidak sabar untuk melihat keseluruhan kediaman tersebut. Semoga segala usaha dan perjalanan hidup Bonda Rozita terus diberkati dan dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

