Artis / Selebriti
” Biar betul, kecil kecil dah payung Metallica. Mantul lah Uwais.. ” – Netizen
Shuib Sepahtu Kongsi Video Anak Sulungnya, Uwais Al-Qarni Bermain Gitar Raih Perhatian Ramai. Fuh Bukan Kaleng-Kaleng Lagu Uwais Main Ni, Evergreen Betul !!
Anak sulung kepada Shuib Sepahtu dan arwah Siti Sarah Raissuddin, Uwais Al-Qarni antara yang selalu mencuri perhatian warganet. Seorang yang hebat di padang golf, sudah banyak anugerah yang diperolehi oleh Uwais dalam pelbagai pertandingan.
Selain bermain golf, bermain alat muzik gitar dan piano juga adalah satu lagi kelebihan yang ada pada Uwais. Menerusi perkongsian terbaru Shuib di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Uwais sedang memetik gitar.
Uwais memainkan lagu popular daripada kumpulan evergreen, Metallica berjudul Nothing Else Matters. Mendengar petikan gitar oleh Uwais ini membuatkan ramai di kalangan warganet merasa teruja. Bukan kumpulan muzik biasa-biasa yang diminati oleh anak bujang Shuib ini.

Memetik komen warganet, Uwais ini adalah gabungan bakat daddynya yang pandai bermain gitar dan bakat arwah ibunya yang pandai menyanyi. Ramai juga yang membuat permintaan untuk Uwais memainkan lagu kegemaran mereka.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Shuib ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Fuh nothing else matters, bravo lah uwais.. Mantul ni.. uwais , jiwa kita sama Metallica. lepas ni cuba selami avenged sevenfold.. ”
” Gabungan minat daddy (golf) dan arwah ibu (muzik) Alhamdulillah Uwais anak yang hebat.. ”
” Lain macam bakat dia nie bang.. semoga success kelak uwais.. Boleh slow goreng stairway to heaven.. ”
” Nothing Else Matters by Metallica beb, berapi lah.. Rambut dia dah style bang.. boleh sharp kan lagi tuu.. leh ganti Apak satu hari nanti.. ”
” Kecik kecik dah payung metallica.. bakal musician yer uwais.. ibu sangat uwais ni.. pengganti ibu.. ”
” Biar betul woooooooow nothing else is way matters.. Lepas ni Another You – Cromok pula Uwais.. ”
” Perghhh hebat dan padu la uwais ni.. Metallica bhai, favaourite band ni.. sedap dengar petikan gitar uwais tu.. smooth je.. berbakat besar anak daddy ibu ini.. ”
Jika terus digilap bakat yang ada pada Uwais ini, tidak mustahil Uwais boleh menjadi ahli muzik yang ternama apabila dewasa kelak. Apa-apa pun, teruskan minat Uwais dalam bidang muzik dan semoga Uwais akan berjaya selalu dalam hidup, dunia dan akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Macam mana tahan gelak ni oii. Part keluarkan rambut dari mulut tu sumpah kelakar, haha.. ” – Komen Netizen

