Connect with us

Artis / Selebriti

” Betul lah sebelum ni, apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Allah Maha Baik .. ” – Netizen

Video Dan Gambar Fasha Sandha Dan Nora Danish Berbuka Puasa Bersama Keluarga Jejai Buat Ramai Kagum. Wah Mesra Sungguh Fasha Dengan Nora Dan Ibu Jejai. Alhamdulillah, Iftar Yang Paling Bermakna !!

Ramadhan adalah bulan yang mulia dan bulan keampunan untuk semua. Bulan ini juga dianjurkan untuk semua saling bermaaf-maafan dan melupakan segala dosa dan salah silap yang lalu. Silaturahim yang renggang juga sangat elok dirapatkan kembali pada bulan Ramadhan.

Meninjau akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Fasha bersama Nora Danish berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga bekas suami mereka, Rizal Ashram Ramli.

Klik gambar untuk info..

Indahnya melihat ukhuwah antara Fasha dan Nora. Kedua-duanya sudah lama saling memaafkan dan kini mereka juga banyak kelihatan bersama kerana tuntutan kerja. Ini menjadi salah satu asbab juga hubungan yang dingin dahulu menjadi semakin mesra.

Fasha kelihatan begitu bergambar mesra bersama ibu Jejai dan Nora. Mereka juga turut membawa anak-anak mereka menghadiri majlis iftar ini. Comel sahaja anak-anak Nora dan Fasha bermain bersama-sama. Ini akan menjadi majlis iftar paling bermakna dalam hidup mereka.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :

” Wah love big family.. Alhamdulilah .. betul lah sebelum ni apa yg terjadi pasti ada hikmah nya .. Allah maha baik .. ”

” So sweet, love sangat tengok Fasha dan Nora ni. Beautiful Fasha and forever gorgeous my dearest Aunty rajanoora_ aka my birthday buddy.. ”

” Wah bestnya besar family ni. Masha Allah Alhamdulillah.. happy for both of you beautiful moms Fasha Sandha dan Nora Danish.. ”

” Such a wonderful families fashasandha noradanish .. Seronoknya tengok silaturahim macam ni.. dua-dua aura positif, kita tumpang bahagia sekali.. ”

” Ya Allah cantiknya dua-dua ni, Fasha dan Nora. dua-dua pun ada hati yang cukup baik.. semua berkumpul bersama-sama.. ”

” Paling love, bukan sahaja cantik rupa, tapi yang penting cantik hati Fasha dan Nora ni. Love tengok family ni, saling melengkapi.. ”

” Alhamdulillah.. suka tengok family meriah macam ni. seronok tngk nora dgn fasha semoga bhgia selalu.. sangat matang dan terbaik Fasha dan Nora.. ”

Klik gambar untuk info..

Alhamdulillah Allah sebaik-baik pengatur dan setiap apa jua yang Allah takdirkan berlaku, pasti ada manisnya di penghujung cerita. Bersatu semua demi keluarga dan semoga ukhuwah yang terjalin ini akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber :  IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT