Connect with us

Artis / Selebriti

” Bestnya berapa kali ulang tengok. Cantik dan kemas.. ” – Netizen

Meraikan Syawal Yang Bakal Tiba, Que Haidar Kongsi Hasil Mengemas Rumah Bersama Keluarga. Wah Deko Que Kemas Sangat, Part Bunga-Bunga Api Tu Cantik Sungguh. Baru Semangat Rasa Nak Raya Macam Ni !!

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Ramadhan bakal berakhir dalam beberapa jam sahaja lagi. Maka hari esok, lebaran bakal disambut oleh seluruh umat Islam. Aidilfitri kali ini pastinya memberi seribu kenangan berbeza daripada kebiasaan biasa.

Tidak akan ada sambutan meriah sebagaimana tahun sudah, tidak juga ada rumah terbuka dan kunjungan ke semua rumah sahabat handai, suasana pasti terasa bezanya. Namun demi untuk keselamatan semua, ia harus dilaksanakan sehabis mungkin oleh seluruh masyarakat.

Sekalipun beraya hanya di rumah, namun bagi Que Haidar dan Linda Jasmine suasana hari raya tetap perlu diwujudkan. Menghiasi dan mengemas ruang rumah mereka dengan penuh ceria, suasana hari raya mula terasa. Dihiasi dengan kad-kad raya lagi bertambah menggamit memori sambutan raya.

Menerusi akaun Instagram, Que Haidar telah berkongsikan satu video yang menunjukkan hasil kemasan mereka sekeluarga sempena Syawal besok. Tenang melihat suasana rumah yang aman dan susunan yang sempurna buat peminat teruja. Pandai Que dan Linda buat dekorasi.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Que ini mendapat perhatian ramai peminat. Antara komen-komen mereka :

” Cantiknya.. Kemas je rumah. Suka tengok.. “

” Tak puas tengok.. Cantik.. Nak tengok sampai dapur.. “

” Bestnya berapa kali ulang tengok. Cantik dan kemas.. “

” Lawanya. Sangat neat aturannya and clean. Tak serabut. Oh, bunga-bunga api tu lawa gak hahaa.. “

” Cantiknya umah. Sangat kemas.. Syioknya tengokk.. “

” Rumah dah macam kedai perabot.. “

” Cantiknyaa rumah, memang idaman kalbu deko jenis ni.. ”

” Cantiknyaa rumah abang. Kemas!.. “

” Sedap mata memandang.. Nostalgia pulak tengok kad raya gantung-gantung tu.. “

Teratur sungguh susunan setiap bahagian rumah Que ini. Dekorasi yang sangat kemas dan nampak elegent sekali. Semangat raya tetap diteruskan biar pun cuma di rumah. Cukup berharga apabila dapat bersama keluarga tersayang. Apa pun, semoga lebaran kali ini memberi sejuta kebahagian buat Que sekeluarga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG The Haidars

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT