Artis / Selebriti
” Besarnya kasih sayang dorang. Bukan senang nak jumpa adik-beradik macam ni zaman sekarang.. ” – Komen Netizen
Video Hadie bersama Ina Naim dan kelab peminat menyambut ulangtahun kelahiran Sallman Elkhoyri sejurus tamat konsert TTMM. Alahai sweet je Hadie angkat Sallman tu. Muka Sallman bila dressing macam ni nampak copy paste wajah arwah Suhaimi sangat..
Di sebalik kejayaan Hadie di pentas Talk To My Manager, adiknya Sallman Elkhoyri antara penyokong paling setia dan selalu memberikan idea tentang nyanyian kepada Hadie. Saban minggu Sallman akan menemani Hadie ke program TTMM. Satu kejutan diberikan oleh kelab peminat Hadie FC untuk Sallman sejurus selepas tamat konsert Grand Finale TTMM pada hari Ahad yang lalu.
12 Oktober tarikh bermakna untuk Sallman kerana ianya ulangtahun Sallman yang ke 15 tahun. Lebih istimewa, tarikh itu juga tarikh kelahiran arwah ayahnya, Suhaimi Saad. Memandangkan tarikh itu berlangsungnya Grand Finale TTMM, Sallman diraikan oleh semua yang hadir menyokong Hadie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sambutan sedang dilakukan. Sallman kelihatan segak hasil tatarias daripada Inchik Yusuf Yusafa. Wajah Sallman juga dikatakan warganet saling tak tumpah seperti wajah Suhaimi.

Melihat cara Hadie meraikan adiknya mengundang sebak di hati warganet. Asuhan dan didikan Suhaimi agar Hadie menjadi abang yang penyayang dan pelindung kepada adik-adik dapat dilihat hasilnya sekarang. Hadie tanpa segan pilu menunjukkan kasih sayang kepada adiknya itu.
Jom tonton video di bawah :
@hadiefc Habis grand finale TTMM hari tu, Hadie FC sambut birthday Sallman @manmenmonnn. Sallman berkongsi tarikh lahir yang sama dengan arwah ayah dan juga kakak ayah iaitu @Ratu796 – 12 Oktober. ❤️ #talktomymanagermy #inanaimxhadie #inanaim #hadie #suhaimisaad
@inchikyusufyusafa Kali pertama dah seronok, kali kedua lagi bermakna. Terima kasih @manmenmonnn atas peluang dan kepercayaan @kemboja_sStudio. Bonus pula dapat sambut birthday bersama 🎉 Momen yang akan diingat sampai bila ii. MUA: Inchik Yusuf Yusafa Hairstylist: Inchik Yusuf Yusafa #sallmanelkhoyri #sallman #groom #ttmm #talktomymanager
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” SS come back, jelmaan SS sangat, sedih pulak. Dah lah birhday pun sama dengan SS Salman ni. Betul ina kata, Sallman SS 2.0.. “
” Copy paste kn… mungkin muka zaman kecik ss ni.. Sallman pun SS juga, Sallman Suhaimi.. He resembles arwah the most. allahu.. “
” Percaya tak cakap aku dia ni hansem wei.. tgok mata dia wrna dia fuhhh elokk kannnn manis jaaa lpas tu jenis sedap jer tgok bila pndang.. pakej dia ckup lengkap… jadi lelaki setia okeyy mcm ayah awak.. “
” Ss yg kedua kelahiran yg baru dari anknya… suara Salman sama seperti suara ayahnya arwah suhaimi saad.. MasyaAllah.. “
” Ya Allah Macam arwah SS.. suara pun lembut dan merdu macam arwah ss.. senyum pun sama macam SS senyum.. mata pun cantik, macam Hadie.. semua ada tarikan pada mata dan kening.. “
” Salman Korean look.. kalau putih memang org kata anak korea.. sebijik rupa ayah nya, body language pun sama.. Sayang betul Hadie kt Salman. Hadie seorg Abg yg penyayang.Moga keluarga Ina Naim,suami & anak2 bahagia selalu.. “
” Sukanya ya Allah tgk this family Tenang, islamik, sejuk mata memandang, lawak pun iya. Dari zaman arwah ss ada sampai lah skrg still suka bonding and gelagat family ni. Semoga Allah menjaga dan melindungi kalian.. “
” Ya Allah besar nya kasih sayang depa adik bradik…. sedih tgk… bkn senang nak adik bradik mcmni di zaman sekarang… tahniah buat arwaah ss dan ina.. “
Keakraban Hadie dan Sallman menyejukkan hati sesiapa sahaja melihatnya. Wajah Sallman dan pandangan matanya yang redup itu sedap dipandang mata. Semoga Hadie dan Sallman menjadi anak yang soleh untuk ibu dan sentiasa mendoakan ayah di sana. Happy belated birthday Sallman Elkhoyri.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Hadie FC, TT Inchik Yusuf Yusafa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti2 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

