Artis / Selebriti
” Berselerak habis, lawak betul dengar masing-masing menyanyi, haha.. ” – Netizen
Video Karaoke Train Pelakon-Pelakon Drama ‘My Famous Ex-Boyfriend’ Menyanyi Lagu Jampi Buat Ramai Terhibur. Macam-Macam Gaya Semua Menyanyi. Masing-Masing Muka Cuak Tunggu Turn Nak Menyanyi. Hael Husaini Dan Nadhir Nasar Paling Kelakar, Haha !!
Diadaptasi daripada novel popular berjudul Petrichor, drama My Famous Ex-Boyfriend menerusi slot Mega Drama ini menarik tontonan umum. Drama yang dibintangi Qasrina Karim, Hael Husaini dan Nadhir Nasar juga mendapat pujian kerana ramai yang menyukai watak yang dibawa mereka.
Untuk rekod, drama My Famous Ex-Boyfriend merupakan lakonan pertama Hael Husaini setelah 17 tahun berkarier sebagai penyanyi dan penulis lagu di industri hiburan. Hael memegang watak utama sebagai Ishaak / Haque Zuhal, manakala Qasrina Karim sebagai her0in iaitu Sameera.
Meninjau di akaun Instagram milik Bambam Studios, telah dikongsikan video karaoke train oleh pelakon-pelakon My Famous Ex-Boyfriend menyanyi lagu Jampi. Pada awalnya, Hael adalah orang pertama menyanyi lagu Jampi dan umum mengetethui yang lagu ini merupakan lagu nyanyian asal oleh Hael sendiri.
.
Gelagat pelakon-pelakon tersebut membawa lagu Jampi menghiburkan hati ramai. Perkongsian video ini menerima ratusan komen dan belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Paling mencuit hati part masing-masing cuak apabila tiba giliran mereka menyanyi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berselerak habis, lawak betul dengar masing-masing menyanyi, haha.. Hmm takpe laa nadhir ngko jd pelakon jelah .. Yg nyanyi ni kita bebuat lupa je apa yg da terjadi, hahahahaha.. “
” Jiggy tu konfem selalu gi karok eh.. Tgk gaya tak janggal langsung hahaha.. Aku dengar yang lain terus tersembur aku gelak, hahaha.. “
” Sila la buat musim kedua. Tak jemu tgk. Ada kelakar. Serious. Pengajaran.. Sed1h. Semua campur jd 1. Good job to all crews and casts.. “
” Bestnya citer ni.. Jamie, Sameera.. Semoga haq bertemu cinta abadi nanti .. The best drama ever.. Pls lah ada season kedua plssssss… “
” Haahahahaha lawak, Nadhir paling tak boleh blahhhh.. Hael pun terus buat2 suara tak merdu, hahahaha.. We need season 2.. “
” Congrats to all teams. I enjoyed the series sm.. Tgk video ni pun terhibur.. Korang semua memang best, tak rugi lah tengok semua episod.. “
” Hahaahahha.. Aduh par4h ni par4h ni… Sis terhibur.. Yes pls ada 2nd season. Haq kahwin dgn Yaya after Yaya sembuh. Baru satu family bergabung lagi.. “
Sudah bermacam-macam suara dah gaya yang keluar. Masing-masing nampak cuak tunggu giliran nak menyanyi. Selain itu, warganet turut menyukai drama ini dan memuji lakonan para pelakonnya serta berharap akan ada sambungan untuk season 2 .

Silakan SHARE..
Sumber : bambam_studios
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen



