Artis / Selebriti
” Berdekah dengar ucapan anak Raissuddin, haha.. ” – Netizen
Video Isteri Raissuddin Hamzah, Makder Menerima Kejutan Hadiah Sekuntum Bunga Daripada Anak Tirinya Sempena Ulangtahun Perkahwinan Buat Ramai Terhibur. Sekali Makder Dengar Ucapan Tu Terus Gelak, Haha !!
Pastinya insan yang dipanggil Makder ini dikenali ramai. Ibu tiri kepada arwah penyanyi Siti Sarah Raissuddin ini sering memuatnaik perkembangan anak-anak arwah di akaun Instagram miliknya. Perkongsian Makder sering mendapat perhatian warganet.
Beberapa hari lalu, genap usia perkahwinan Makder bersama Raissuddin yang ke 17 tahun. Makder berkongsi video yang memaparkan mereka telah menghantar cucu-cucu ke sekolah pada hari ulangtahun perlahwinan mereka. Kelihatan begitu ceria raut wajah suami isteri ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Makder memuatnaik video menerima kejutan istimewa daripada anak tirinya, Yazeed. Menerusi video itu, Makder sedang membuat video live menjual tudung lalu Yazeed datang membawa sekuntum bunga mawar dan menghadiahkan kepada Makder.

Makder kelihatan begitu terkejut ketika menerima bunga tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Yazeed. Bukan itu sahaja, ucapan Yazeed kepada Makder dan ayahnya juga mencuit hati ramai. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Makder ini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video oleh Makder ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Happy anniversary mkder. Moga kekal bahagia hingga jannah Aamin.. Berdekah dengar ucapan anak Raissuddin, hahahahaha.. “
” Semoga berbahagia dengan.. Bapak aku.. Sempoi jerr ha mak dengan anak ni.. Selamat ulang tahun Makder dan suami, smga kekal bahagia selalu.. “
” Happy anniversary makder dan bapak aku, hahahaha.. Kita yang dengar pun ketawa.. Boleh tahan kelakar yer Yazid ni, hehee.. “
” Memg mkder dgn atok ni syg cucu2 nya.. Mak der tu memg terbaik la..Dia buat mcm ank2 dia plk.. Terharu tengok tau.. Happy anniversary makder.. “
” Makin bertambah cantik lah Makder sekarang.. Happy anniversary Makder dan pakcik Raissuddin.. Semoga terus bahagia bersamak kekal hingga ke syurga.. “
” Happy Anniversary Makder.. Semoga Berbahagia hingga ke taman syurga bersama suami tersayang.. Wah dapat bunga ros.. “
” Happy anniversary makder, semoga bahagia hingga hujung nyawa dan segala urusan sentiasa dipermudahkan.. Kelakar lah tengok video ni.. “
Berdekah semua orang mendengar ucapan Yazeed. Nampak akrab sangat Makder dan Yazeed. Kalau dilihat Makder melayan anak-anak Raissuddin sudah seperti anak-anaknya sendiri serta anak-anak Raissuddin juga menghormatinya seperti ibu kandung mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti2 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

