Connect with us

Artis / Selebriti

” Behind the scene, pecah perut. Member kelakar betul.. ” – Netizen

Video Di Sebalik Tabir Sebelum Ubai Melamar Shila Amzah Buat Ramai Terhibur. Wah Bukan Semudah Yang Disangka Ye. Kec0h Bila Ubai Buat Rehearsal Dengan Ilyas, Si Ilyas Pulak Jenis Masuk Air. Part Ronda Naik Bot Tu Lawak Betul Dialognya, Haha !!

Baru-baru ini, tunang kepada penyanyi tersohor, Shila Amzah iaitu Ubaidillah atau lebih dikenali dengan panggilan Ubai telah pun melakukan satu kej0tan buat Shila. Kali pertama dalam hidup Shila, dirinya menerima lamaran sebagaimana yang telah dibuat oleh Ubai dan ianya menjadi memori yang cukup indah.

Namun di sebalik kelancaran lamaran itu, persediaan yang rapi dilakukan oleh Ubai bersama kawan-kawannya. Meninjau akaun Instagram Ubai dan Aaabias, telah dikongsikan video mereka membuat rehearsal untuk part menaiki bot.

Ilyas yang ditugaskan untuk berlakon menjadi Shila duduk di atas bot bersama Ubai. Dua sahabat ini yang sekepala membuat aksi manja dan ianya membuatkan warganet tergelak. Ianya biasa untuk berbual secara spontan apabila bersama member dan perbualan Ilyas dan Ubai menggeletek hati ramai.

Ilyas bertanyakan berapa banyak wang Ubai yang habis untuk melakukan kej0tan ini dan Ubai menjawab ‘ banyak ‘ sambil tergelak-gelak. Apabila Ilyas menyebut ‘ Sak4i, kita belum kahwin ‘, ketawa terus Ubai. Sampai abang yang membawa bot pun kena sakat dengan si Ilyas ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tak boleh move on tengok video ni, lawak haha. Dah tenggel4m ke belum haha. Menyirap cam ni punya rehearsal. Mahu tak jadi apa yang di plan ni haha.. ”

” Tahniah Ubai sebab jadi lelaki gentleman and Dapat buat surprise untuk Shila… Tq ubai for all of this appreciation about your love. Inspirasi yg baik and moga kamu berdua bahagia Hingga akhir hayat, Inshaa Allah.. ”

” Weh aku terhibur laa’ siapa ni yang’ haha. Ayat ‘sakai kita belum kahwin, kahwin lah dulu makin kuat aku ketawa.. ”

” Ada rehearsal dulu la, haha cute la friendship korang berdua ni.. Hahahha lawakkkk lahhh aduhhhh pen4tt lah gelak sorg2 cmni. Nak kawen jugak lahh tiber.. ”

” ‘Siapa dia yang?’ Hahahaha ngekek gelak, tak pasal-pasal abang bot terpalit sama dalam drama sebabak korang haha.. ”

” Macam ni rupanya haha. Best je dapat member macam ni kan. Tak bosan hidup haha.. ayat tu menjiwai betul yea haha.. ”

” Behind the scene, pec4h perut member kelakar betul. Ad0i Yas Yas, lucu tak tahan aku.. Sak4i kita belum kawin.. ”

Ada pasangan yang mencintai itu untung, tetapi ada kawan yang susah senang bersama sebegini rezeki besar namanya. Lawak betul Ubai dan Ilyas ini, rehearsal pun kelakar. Apa-apa pun, semoga persahabatan ini berkekalan selama-lamanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG aaabias, IG Ubai

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Ā© Berita Kopak

##FREAKOUT