Connect with us

Artis / Selebriti

” Baiknya Nyamma ni, clever pulak tu. Dari kecil tunjuk akhlak yang baik.. ” – Netizen

Video Perbualan Anak Fazura, Nur Fatima Aisya Bersama Fattah Amin Buat Peminat Teruja. Alahai Soft Spoken Nyanma Ni, Kecil-Kecil Lagi Dah Ada Sikap Pemurah Macam Mommy. Ayat Dia Tu Sejuk Hati Dengar. Sempat Buat Drama Sebabak Lagi, Tergelak Fazura !!

Berbaki sebulan lebih sahaja lagi anak sulung Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya bakal berusia 3 tahun. Fatima membesar dengan penuh kasih sayang dan menjadi seorang anak yang baik dan sopan tutur katanya. Walaupun masih kecil tetapi Fatima diasuh agar bertimbang rasa dan menyayangi semua orang.

Meninjau akaun Instagram Fattzuralovelife, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fatima berbual bersama daddynya sebelum tidur. Dapat didengar pada awal perbualan Fatima menunjukkan isyarat jari ke arah mainannya dan mengatakan mainan itu dibeli untuk orang lain.

Fattah melayani percakapan Fatima dan mengiyakan ayat Fatima itu serta memberitahu mainan Fatima sudah terlalu banyak dan boleh diberi kepada orang lain. Fatima menyambung perbualan dan mengatakan boleh ambil mainannya untuk diberikan kepada kawan lain yang tiada mainan.

Baik sungguh hati anak kecil ini, menurun sikap mommy dan daddy yang suka berkongsi rezeki dengan orang sekeliling mereka. Fatima juga mengatakan dia ingin ke sekolah dan membuat drama sebabak bagaimana nanti dia akan mengajak kawan-kawan untuk bermain mainannya bersama-sama.

Jom tonton video di bawah :

Antara video lain yang memperlihatkan sifat pemurah Fatima. Alahai seronok melihat kepetahan Fatima bercakap tu. Hasil didikan Fazura dan Fattah memang terbaik.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Baiknya nyamma ni.. clever pulak tu. Aunty suka dengar nyamma potpet.. Alhamdulillah konsep sedekah done right.. ”

” Bila parents suka memberi and ajar anak suka memberi percayalah sampai ke besar dia akan suka share and tak kedekut. Budak2 memang ada pure heart.. ”

” Awww good girl Fatima.. Fatima so kind hearted, makin petah berbual Masya Allah.. Baik hati sayang aunty ni.. ”

” MashaAllah, how generous of you, Fatima.. Baik macam mummy daddy dia.. Itu utok olang lain tu. I love you so much fatima.. ”

” MasyaAllah, TabarakAllah, Alhamdulillah Fatima anak Solehah. Dari kecik tunjuk akhlak yg baik.. good girl sayang.. ”

” So sweet. Bijaknya. Moga membesar menjadi anak yg solehah. love u banyak2-banyak lahh.. suka dengar ayat-ayat Fatima, hati baik Fatima ni.. ”

” Baiknya hati nyamma.. itu lah dia jika mak n ayah kita yg baik baik insyallah anak anak pun akan jadi baik baik. Senantiasa berbuat baik.. insyallah yg dtg semuanya akan yg baik baik.. ”

” Oteey boleh .. forrr youu .. ooo so. cute nyammma.. Baiknya hati si comelnya.. secantik wajah dia.. petahnya nymma brckp sebaik hatinya.. ddy nymma n mmy smbg mlm ddy n mmy rajin melayan nymma sebelum tdor.. ”

Pepatah mengatakan melentur buluh biarlah daripada rebungnya, Fatima sudah mula menunjukkan hasil yang membanggakan hati Fazura dan Fattah. Semoga sifat baik Fatima ini berkekalan sehingga Fatima dewasa nanti dan menjadi sebaik mommy dan daddy.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattzuralovelife, IG Bamtahdolly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT