Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagusnya walau kaya beli selipar anak-anak pun dekat pasar malam je.. ” – Netizen

Video Datin Shahida Bersama 2 Anaknya Membeli Selipar Di Pasar Malam Raih Pujian Warganet. Bagusnya Datin, Humble Ajar Anak Bersederhana. Part Yusof Pel0k Lepas Dapat Selipar Tu Comel Betul !!

Tidak suka bergaya dengan barang kemas dan beg yang berjenama, itulah sifat Datin Shahida. Seorang yang simple dan santai fesyennya, ianya kontra dengan suaminya, Dato’ Seri Alif Syukri yang suka akan barangan mewah.

Meninjau akaun Instagram Datin Shahida, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat dua orang anaknya, Yusof Al-Qardawi dan Raudhah Arshiyah ketika mengikuti Datin Shahida membeli barang di pasar.

Kata Datin Shahida, kalau si adik dan abang ini mengikut tentu Datin Shahida akan kena ‘ pau ‘ dengan mereka. Berhenti di gerai menjual selipar, Yusof dan Raudhah kelihatan seronok kerana mendapat selipar baru.

Tak sabar-sabar lagi dua beradik ini untuk memakai selipar baru, yang lama terus simpan dalam plastik ye, hehe. Memang begitulah perang4i budak-budak, muka seronok masing-masing mengayakan selipar baru tu.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Datin Shahida ini meraih banyak tanda suka dan pujian daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat dikongsikan :

” Bgusnya.. walau kaya beli selipar ank2 pn kat psr mlm je.. walaupn bgelar Datin2… xde pn ajar ank dgn brg2 branded.. “

” Kekayaan tak mengubah jati diri Datin Shahida…. alhamdulillah. Biasa2 kan anak dengan benda2 marhaen agar tak kekok apa jua perkara mendatang.. “

” Datin sempoi.. wlaupun duit berkepuk masih beli kt kdai rakyat marhain beli.. klau retis lain smua up beli yg berjenama.. ni lah retis yg ptt kita respek.. “

” Bagus Datin… practice anak² belanja kt pasar je.. jutawan tu.. tkde nk ajar anak pergi Paragon tgk brg² branded.. “

” Org kaya raya pon beli brg kt pasar je.. kita orang biasa ni lagaknya lebih.. terbaik datin.. “

” Orang kaya tapi mendidik anak-anak tahap sederhana. So humble …. Bagus datin ni hidup sederhana.. “

” Bagusnyaaa practice anak anak belanja di pasar malam je. hidup skg ni keras. anak anak perlu belajar berjimat… terbaik datin.. “

” Jutawan pun tetap rendah diri, suka tengok cara Datin didik anak-anak. Comel seronok anak-anak dapat selipar baru terus nak pakai hehe.. “

Bukan nilai barangan yang jadi ukuran, asalkan anak-anak happy itu paling membahagiakan untuk seorang ibu. Alahai comel lah Yusof pel0k mama, mesti happynya tu bukan kepalang dapat tayang selipar baru apabila sampai rumah nanti kan, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shahida Dherbs

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT