Artis / Selebriti
” Awat comel sangat ‘ hmphhh’ Bamtah oii. Lawak lah, penat ketawa.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin, Bella Park dan Emma Safuan buat Majuk Challenge ketika live di Tiktok buat warganet terhibur. Part Fattah buat majuk tu comel. Macam tu rupanya gaya Fattah merajuk. Lain daripada yang lain. Haha..
Fattah Amin meneruskan fenomenanya dan semakin hari nama Fattah menjadi sebutan ramai. Setiap kali Fattah membuat live di applikasi Tiktok, pastinya ia akan menarik ramai viewers untuk menonton sesi live tersebut. Sebelum ini, Fattah pernah membuat live bersama Adira untuk produk kosmetik.
Kali ini, Fattah kembali lagi bersiaran, namun bersama dua orang tiktokers popular, Bella Park dan Emma Safuan. Menerusi perkongsian di akaun Instagram The Khayalan869, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan suasana dan kemeriahan semasa live berlangsung semalam.
Memandangkan sekarang viral majuk challenge, Bella dan Emma meminta Fattah untuk turut sama membuat challenge tersebut. Fattah yang tidak tahu mengenai challenge terbaru ini pada awalnya tidak mahu membuat gaya merajuk kerana katanya ia akan kelihatan seperti anaknya, Fatima Aisya.

Bella dan Emma menunjukkan kepada Fattah bagaimana gaya challenge majuk itu dan Fattah melakukan untuk semua tetapi gayanya tidak sama seperti orang lain. Sebelum itu Fattah ada berseloroh mengatakan, jika dia merajuk nanti ramai pula yang ingin memujuk.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 200 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dia ni kan, orang majuk panjang muncung, dia pi hembus hembus ikut hidung pulak. hahaha penat ketawa, lawak lah Fattah.. “
” Awat comel sangat ‘ hmphhh’ Bamtah oiii.. view pun awal-awal dah buat lawak dengan Fattah Amin kan haha.. “
” Lawak la haha… Patut Fattah kalau berlakon komedi menjadi dalam drama sebelum-sebelum ni. Natural je tapi kelakar haha.. “
Comel sungguh apabila Fattah menyahut cabaran majuk challenge dengan caranya yang tersendiri. Kata Fattah lagi, gayanya tidak sama dengan orang lain. Jika orang lain menyebut ‘majuk’, dia cuma akan menghembus-hembuskan nafasnya dengan kuat sebanyak 2 kali. Ketawa besar Bella dan Emma melihat gaya ‘majuk’ Fattah itu.

‘ Majuk’ macam itu pun boleh lah Fattah. Yang penting, Fattah memang sporting orangnya. Apa-apa pun, live Fattah bersama Bella dan Emma memang kecoh dan happening sangat. Semoga Fattah terus maju jaya dalam apa jua pekerjaannya dan dikurniakan rezeki yang mencurah-curah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Thekhayalan869
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen

