Artis / Selebriti
” Awal sujudnya nak, siap kuak lentang.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Mengikutnya Solat Berjemaah. Bagus Achey Didik Tiara Solat Sedari Kecil Lagi. Tapi Lain Macam Gaya Tiara Sujud Yer !!
Mendidik anak yang masih kecil supaya bersolat bukan sesuatu yang mudah. Ini kerana mereka masih belum memahami apa-apa mengenai kepentingan solat. Tetapi untuk mengelakkan si kecil mengganggu kita bersolat ialah dengan mengajak mereka solat bersama-sama.
Inilah yang dikongsikan oleh pelawak Achey Bocey di akaun Instagram miliknya. Achey telah memuatnaik video di mana dia sedang bersolat manakala anaknya, Tiara Zinnirah pula mengikutinya dari belakang dengan memakai telekung.
Ketika Achey membaca surah Al-Fatihah, Tiara sudah mula bersujud. Gaya sujud Tiara telah menghiburkan peminat kerana Tiara terus meni4rap di atas sejadah. Tiara kemudian terus berhenti solat dan keluar dari saf.

Adalah perkara biasa apabila kanak-kanak yang masih kecil tidak begitu menumpukan perhatian ketika sedang solat. Namun apabila kita sentiasa mengajak untuk bersolat bersama-sama, lama kelamaan ianya akan menjadi satu kebiasaan dan mereka mula rajin untuk bersolat.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Tiara yang hanya mengikut bapanya bersolat hanya seketika membuatkan ramai terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sedap suara Achey. adoilah comel ja si kecik tu.. Lama kelamaan tiara akan faham semoga menjadi anak yang solehah sayang aamiin.. “
” Proses belajar , semoga menjadi anak solehah. Terus ni4rap ekkk. Hahaha.. comel je tiara ni. Haha biasa la bud4k2 akan. Baik bacaan achey.. “
” Awal sujudnya nak. haha comel. baru belajar.. lagi pun budak2. Hahahahhaha ape comel beno ni. telent4ng terus.. Mcm anak sy yg 3thn tu.. “
” Alhamdulillah, biasa memang mcm tu chey… kdang2 senyum je bila kita solat anak dtg kac4u2, cuma jgn lupa pkai spend3r, aku 2,3 kali dah kena anak msuk dlm kain.. “
” Makmum sujud dlu dr imam. Tiara main2 ye.. Comey la mcm adik saya gitu leee. Hahaha.. biasa lah bdk² kan.. Aik sekejap je solat.. ”
” Alahai anak.. Comey betul perang4i.. Hahahah tiara takpa dia masih kecil.. tak mengerti apa apa.. boleh terus belajar kan tiara.. “
” Hahaha comelnyaa… siap kuak lentang.. Sama dgn ank kak. Ayah alun surah dia alun alif ba taa pastu mcm2 lagu pulak kluar.. “

Takpelah Tiara walaupun sekadar mengikut bapanya bersolat seketika. Nanti apabila sudah besar, pastinya Tiara akan bersemangat untuk solat berjemaah bersama-sama. Semoga Tiara Zinnirah membesar menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

