Artis / Selebriti
” Awal-awal katanya nak surprise isteri, sekali dia yang kena scam, haha.. ” – Komen Netizen

Video Ubai membuat kejutan kepada Shila Amzah membeli barang kemas buat ramai terhibur. Terkejut Ubai bila tengok harga. Last-last pasrah juga Ubai kena bayar, haha..
Meninjau di akaun Instagram Ubai, telah dikongsikan video yang memaparkan Ubai ingin membuat kejutan untuk isterinya, Shila Amzah. Menerusi video itu, pada awalnya Ubai berkata mahu membawa Shila untuk membeli pakaian raya untuk anak mereka.
Tiba-tiba, Ubai memberhentikan kereta di sebuah kedai emas. Ubai memberitahu kepada Shila yang dirinya ingin membeli emas kepada Shila dengan yang ditetapkan oleh Ubai kerana wang yang ingin membeli emas tersebut adalah bayaran hasil kerja yang baru diterimanya.
Setelah itu, kelihatan Shila memilih design rantai tangan yang trend terkini. Namun, setelah diberitahu oleh pekerja kedai emas tersebut mengenai harga rantai tangan itu, Ubai terus menyakat Shila untuk menambah wang kerana telah melebihi budget yang ditetapkan oleh Ubai tadi.
Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah pasangan suami isteri ini yang suka menyakat antara satu sama lain. Selain itu, ada juga memuji sikap Ubai yang sentiasa membahagiakan isterinya. Hingga kini, video Ubai belanja rantai tangan emas kepada Shila menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terbaik, Ubai. Bhgiakan istri. Moga Allah tmbhkan rzki Ubai melimpah2 ruah. Rabbi Yassir Wallatu Assir. Moga Allah prmudahkan smua urusan Sha & Ubai.. “
” Luas rezeki kamu dik , belanja isteri, bahagia n happykan dia.. InsyaAllah Allah ganda2kan lagi.. Best tengok husband suka bahagiakan isteri mcm ni.. “
” Allah, murahkan rezeki ubaihani seperti air laut yang tak pernah kering. Aamin3x YRA. Bahagiakanlah isteri, Allah bahagiakan kita balık dik. Percayalah.. “
” Haha.. Mcm husband sy. sblm g kedai ckp siap dh bajet 2k. Sampai kt kedai eh dh jd 3k. Hahaha.. Lps tu husband kata ok lah. Ambik je lahhh, hahaha.. “
” Awal2 katanya nak surprise isteri, sekali Ubai yang kena scam, hahaha.. Sabar lah Ubai, murah rezeki tau belanja isteri emas, hehehe.. “
” Pahala dapat. Dan akn dtg rezeki yg lebih berganda nanti. Mcm2 rezeki Allah bg nti sbb bahagia kan isteri.. Tahniah Ubai, contoh suami terbaik.. “
” Dah tu baju raya seth manaaaa, camtula org perempuan nak menjelaskan bab ‘stacking2 ni’ , org laki tak faham sgt hahaha.. “
Hari tu seronok betul Shila dapat shopping di kedai Eco Shop, kali ni makin lebar senyuman Shila apabila mendapat hadiah istimewa daripada Ubai. Apa-apa pun, moga selepas ini makin bertambah luas rezeki Ubai kerana membahagiakan isterinya, insyaallah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG ubaihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin