Connect with us

Artis / Selebriti

” Auto teringat arwah ibu Dekta. Time-time ni lah nak cari ibu sendiri kan.. ” – Netizen

Video Makder Kongsi Cerita Mengenai Talita Curi Perhatian Warganet. Alahai Odey Orang Pertama Yang Dekta Mengadu. Baca WhatsApp Dekta Pada Odey Tu, Terus Teringat Pada Arwah Siti Sarah. Sebak Pula Rasa !!

Semalam Shuib Sepahtu ada berkongsikan video yang memaparkan anak perempuannya, Dzahira Talita Zahra menangis di atas riba Shuib kerana dirinya sudah datang bulan atau period. Shuib sendiri juga menangis ketika itu kerana si kecilnya ini sudah dewasa.

Kali ini giliran ibu tiri arwah Siti Sarah, Makder pula berkongsi cerita bagaimana Talita mengadu kepadanya. Meninjau akaun Instagram Suciuwais dan Siti Sarah Raissuddin, satu video telah pun dimuatnaik yang memaparkan antaranya perbualan WhatsApp Makder bersama Talita.

Klik gambar untuk info..

Cerita Makder, petang itu Makder ada membuat panggilan video bersama Talita dan mereka berbual seperti biasa. Makder tiba-tiba sahaja terdetik bertanya kepada Talita sama ada Talita sudah period atau belum. Tak sangkaΒ  hanya selepas 2 jam perbualan mereka, Talita betul-betul datang period.

Orang pertama yang Talita cari untuk mengadu sudah keluar darah period adalah Makder. Bersusun-susun pesanan WhatsApp Talita kirim kepada Makder. Betapa rapatnya Talita dengan Makder,Β  pengganti ibu dan tempatnya berkongsi cerita sebelum mummy hadir.

Jom tonton video di bawah :

@suciuwais

Ti talita dah besar Mungkin instinct odey nya kuat utk talita. Moment chacha membesar ni tak dapat dia bersama dgn ibu. Kalau tak ibu la yg terpaling kecoh sekali. Tapi u ada mummy dan auntie2 yg sayang pada u. Odey doakan chacha menjadi anak yg solehah πŸ’• #makder #talita #anakibu #sitisarahraissuddin #fyp

♬ Semua Tentang Kita – NOAH

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Saya nangis tauuu, sebagai seorang ibu, sebab teringat arwah ibu dia. lagi la tgk posting shuib tadi, saya lagi nangis huhu . Semoga menjadi anak yg solehah Talita.. ”

” Tiba-tiba touching sebab teringat ibu Talita.. Siti senyum je tengok Talita makder. Kalau ibu masih ada, tentu dia terpaling excited. Boleh bayang dah Sarah menjerit-jerit satu-satunya anak perempuan dah jadi anak dara.. ”

” Auto teringat arwah ibu dekta. time2 ni lah nk cari ibu sendiri kan, tp dekta bertuah ade odey dgn mummy. semoga urusan dekta dipermudahkan, dh boleh mula tutup aurat ye dekta.. ”

” Comell dekta nak bgithu mommy pun tkut tkut.. akk dlu pun centu tnya kawan dlu bru bgithu mak.. semoga dekta mmbesar mnjadi kakak yg pnyayang, wanita yg kuat & solehah.. jaga diri dekta.. ”

” Alahaaiiii, Dekta cari Odey. Alhamdulillah ada Odey . Tapi Mummy pun ada juga untuk Dikta. Dikta tak keseorangan. Mummy dan Odey akan sentiasa ada belakang Dikta.. ”

” Tak tahu kenapa macam sebak , tengok dekta ni terus teringat arwah . . Jaga diri okay dekta.. Dekta dah big girl sekarang.. ”

” The word…. “Ti, anak ko dh besar” ayat simple, tapi sedihnya tak terungkap.. besar dah Talita. Ala kenapa kita lak rasa sedih ni, terbayang dekta mengadu pada ibu.. ”

Klik gambar untuk info..

Video yang membuatkan warganet menontonnya boleh tak sedar terkeluar air mata. Odey antara wanita yang teratas dalam hidup Talita selain ibu dan mommy. Talita sudah menjadi anak dara sekarang dan didoakan semoga segalanya yang baik-baik untuk Talita. Jaga diri dan jadi insan sebaik ibu ye.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin, IG Suciuwais, Tiktok Makder

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT