Artis / Selebriti
” Anak perempuan tak boleh dipisahkan dari ayah dia walau apa pun.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video anak perempuannya Hawra Uqaira, perkongsian oleh pelakon Kamal Adli buat ramai tersentuh. Sebaknya baca kapsyen Kamal..
Baru-baru ini, dunia hiburan dikejutkan dengan khabar mengenai rumahtangga antara pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli dilaporkan sedang diuji apabila Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober 2025 atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Kamal, pelakon itu telah berkongsi sebuah video yang memaparkan telatah anak perempuannya, Hawra Uqaira sedang bermain di sebuah padang. Tidak dapat dipastikan sama ada itu video baru atau video lama yang pernah direkodkan sebelum ini.
Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Kamal telah menyentuh hati ramai warganet. Kamal meluahkan rasa rindu terhadap anaknya. Rata-rata warganet menitipkan doa agar Kamal terus kuat menghadapi dugaan rumahtangganya dan semoga hubungan mereka kembali pulih seperti sediakala.

Bukan itu sahaja, para peminat juga mengharapkan agar Uqasha terbuka hati untuk menerima semula Kamal demi kebaikan anak mereka. Sehingga kini, perkongsian oleh Kamal telah menerima ribuan tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video oleh Kamal ini dan menitipkan pelbagai kata-kata semangat buat Kamal. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak perempuan tak boleh dipisahkan dari ayah dia walau apa pun. Semoga dilembutkan hati Qasha utk menerima Kamal semula.. “
” Allah swt faham hati seorg ayah inshaAllah ada hikmah nya Allah maha mengatahui segala tersirat dihati hambanya. Muga yg maha Esa berikan yg terbaik Aamiin yarabbal alamin.. “
” Semoga dapat bersatu kembali ngan Hawra Uqaira.. Ayah kamu bionik ni Hawra hihi.. Klu ade super power mesti ayah Hawra dah terbang cari.. “
” Whatever happen, Hawra jangan lupakan Ayah tau. Ayah awak seorang Ayah yang baik yang sentiasa sayang keluarga kecil awak.. “
” MashaAllah anak bijak n solehah niii… Manisnya kamu Hawra Uqaira, usaha gigih & berdoa byk2 utk kebahagiaan ibu ayah Hawra. InshaAllah moga bahagia & kembali menjadi keluarga sakinah.. “
” Percaya setiap satu perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya.. Hikmah yg takkan awak sangka2..yg penting sentiasa sabar dan serahkan semuanya pd Allah..”
” Jangan putus asa Kamal .. Terus doa dan usaha. Allah sentiasa ada mendengar dan memakbulkan segala doa.. Moga Allah satukan hati kalian, saling menghargai. Saling berkasih sayang sampai syurga.. “
Walau apa pun keputusan yang bakal diambil oleh Kamal dan Uqasha, semoga ia membawa kebaikan dan ketenangan buat kedua-dua pihak serta anak mereka. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kamaladli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku hati dah tak sedap dan memang bila aku bawak Sarah turun.. ” – Shuib Sepahtu

