Artis / Selebriti
” Amir nyanyi tak ada bunyi sekat-sekat. Mulut tak bukak banyak, suara dahsyat.. ” – Netizen

Video Persembahan Amir The Chosen One Di Pentas All Stars Gegar Vaganza Raih Perhatian Ramai. Fuhhh Si Amir Ni, Muka Santai Je Tapi Sekali Dia Tarik Suara Power Betul. Menusuk Ke Kalbu !!
Di sana sini, semua memperkatakan tentang adik Amir The Chosen One. Siapa sangka anak kaum orang asli dari Gerik, Perak ini akan dikenali ramai seperti sekarang. Anugerah Allah pada Amir dikurniakan suara yang lunak merdu dan mampu membuatkan orang menangis mendengar alunan suaranya itu.
Sebelum ini, Amir pernah dijemput ke rancangan All Stars Gegar Vaganza tetapi cuma muncul di segment Live Plus. Sampai ke tengah malam juga lah peminat Amir menunggu untuk melihat kemunculan Amir. Ketika itu, Amir juga berpeluang menyanyi lagu Untukmu Ibu bersama Mamat Exist dan Ezad Lazim.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official dan Shvhrol, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Amir di pentas utama All Stars Gegar Vaganza semalam. Bergandingan suara bersama rakan seperjuangannya, Khalyn The Chosen One, persembahan ini memukau penonton di auditorium dan di rumah.
Lunak merdu, itu yang dapat diungkapkan mengenai suara Amir. Lagu Sampai Mat1 disampaikan dengan cukup baik. Walaupun hanya lebih kurang 2 minit sahaja menghiburkan semua penonton, ianya pengalaman bermakna untuk anak kecil ini sebagai langkah awal dalam karier seninya.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Walau sebentar cuma jadilah sebagai langkah awal Amir#termojproduction #diaridaripedalaman #amirthechosenone #fypシ #berandatiktok @Termoj Production
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
@shvhrol Menusuk 🫡🙋🏻♂️ #thechosenone #fypシ #gvallstar
Perkongsian tersebut telah pun meraih ribuan tanda suka dan pujian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Clean nya suara Amir, hampir tak ada bunyi cur1 nafas.. tak puas dengar Amir nyanyi.. merdunya suara amir.. amir no syaatuu.. ”
” Tak sangka Amir ada semalam.. menusuk kalbu betul Amir nyanyi. Dah lama tak dengar suara sedap mcm ni.. arap amir dapat no 1 nanti.. ”
” Suara kau mmg sdp amir… beralun merdu.. Allah anugerahkan utk kau dik, moga terus berjaya.. ”
” Amir nyanyi tak ada bunyi sekat-sekat.. dia tak tekan brek.. terus Aje… tulus dari hati. buka mulut pun sikit je tpi meremang dgr.. ”
” Amir lontaran suara dia rilex aje penafasannya. Mulut tk bukak byk, suara dahsyat.. mulut x buka besar tp suara sedap.. ”
” amir nyayi pnafasan x dngar pon padu.. panjang nafas amir.. dgr smooth je.. suka dgr amir nyanyi.. ”
” terbaik laa amir.. GV mlm nie org nk tgk amir je sbnrnye.. Tahniah Amir, bukan senang nak dengar Owner Megah Holding Mendendangkan lagu utk staffnya.. ”
” Adik Amir nyanyi clean je nafas dia… kuat betul aura amir.. nyanyi je bersorak terus penonton.. hebat amir. dia buka ja mulut meremang bulu roma aku..caya la dik..nyanyi dari hati..org lain dpt feel.. ”
Lain daripada yang lain, aura Amir terasa begitu dekat dengan para peminat. Buka mulut sikit je pun suara tetap mantap. Yang penting reaksi muka Amir relax sahaja menyanyi dan membuatkan orang yang melihat pun rasa tenang. Semoga Amir terus mencipta kejayaan dan menjadi bintang terkenal.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official, Tiktok Shvhrol
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen