Artis / Selebriti
” Amboi, kuat betul dia burp eh. Sendawa macam orang dewasa.. ” – Komen Netizen
Video tindakan spontan anak Maryam You Narae, Rina selepas sendawa dengan kuat buat ramai terhibur. Comel sungguh reaksi Rina, sampai Omma pun ketawa besar dibuatnya, hehe..
Meninjau ke akaun instagram Duriankimchijunior, perkongsian sebuah video yang memaparkan Rina sedang makan telah meraih perhatian ramai. Rina merupakan cahaya mata sulung pasangan Korea Malaysia iaitu Maryam You Narae dan Nik Muhammad Ryzal.
Rina menjamu selera masakan ibunya yang sentiasa dilihat menyelerakan. Ketika sedang Rina mengacau-ngacau makanannya secara tiba-tiba Rina sendawa dengan begitu kuat. Reaksi yang diberikan oleh Rina ialah dengan menyebut ‘excuse me’.
Alahai, pandai pula Rina bersikap sopan. Pasti gelagat ini dilihat oleh Rina menerusi orang di sekelilingnya. Comel sahaja sebutan ‘excuse me’ oleh Rina sehinggakan omma pun tergelak besar. Rina kemudiannya menyambung menjamu selera sehingga selesai.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rina sememangnya seorang yang tidak memilih makanan dan akan makan apa sahaja yang disediakan oleh Maryam termasuk sayur-sayuran.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Makin bolat dah Rina. Kulitpun dah nmpk kulit melayu dah.. Kelakarlah Rina ni.. omma mudah terhibur.. Gelak mak nya pn xbole bwk bincang.. “
” Cantik tahi lalat bwh mata dia.. Jangan zoom dekat2 sangat, terliur nihh.. Dia makan apa pun nampak sedap tau.. Comel overloaded.. “
” Comel betul dia ckp Korea.. Amboiiii… kuat btol dia burp eh. Sendawa mcm org dewasa. Rina anak yg penuh sopan.. “
” Tgk muka Rina ja confirm kita nak gelak.. Selera rina makan. Makin besau pinggan mangkuk dia. Suka tgk.. Hahahahahhaah comelnya geram .. “
” Rina ni mkn x nasi dgn kicap? Mcm budak2 Melayu dok mkn tu. Cute nyaa rinaaa ! Ishh geram.. Berapa umur rina ni.. “
” Sweetnya ada tahi lalat dibawah mata kanan rina.. auntie pun nak kena beli chopstick mcm rina baru senang.. means saya tak tahu ,Rina kelakar.. “
” Terliur tgk rina makan. macam teringin nak rasa masakan omma rina. nampak semua sedap..zoom bertambah terliur.. “
Alahai comel sungguh melihat gelagat Rina makan. Memang bikin terliur melihat menu makanan Rina, tambahan pula menu Rina memang menu yang jarang-jarang kita lihat kerana merupakan masakan Korea. Semoga Rina membesar menjadi anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

