Artis / Selebriti
” All of you are so cute la. Memori, sekarang semua dah besar.. ” – Netizen
Datin Anne Ngasri Kongsi Gambar Thr0wback Nostalgia Raya Bersama Adik-Beradiknya Dalam Satu Rancangan TV. Wajah Mereka Ketika Kecil Raih Perhatian Peminat. Alahai, Comel-Comel Semuanya !!
Pada penghujung tahun 1980-an nama anak-anak pasangan Habibah Jaafar dan Ngasri Sain memang tidak asing lagi bagi para peminat drama tempatan dan iklan. Sejak daripada kecil, Naszeli Ngasri, Nasrizal Ngasri yang dikenali sebagai Bell Ngasri, Nasreen Ngasri dikenali sebagai Darling dan Datin Nasriah Ngasri dikenali sebagai Anne Ngasri telah menceburkan diri dalam dunia lakonan.
Meninjau ke dalam Instagram milik Anne, telah dikongsikan beberapa keping gambar nostalgia raya untuk rancangan RTM satu masa dahulu. Dalam gambar tersebut semua adik-beradik Anne turut sama mengambil bahagian memeriahkan rancangan tersebut.
Dalam gambar yang dikongsikan mereka adik-beradik mengenakan pakaian kurung dan baju melayu sempena hari raya sambil bermain bunga ap1. Anne kelihatan sangat comel mengenakan baju kurung bercorak pink, biru dan kuning serta mengikat rambutnya dengan reben.

Di atas meja juga penuh dengan hidangan menu hari raya untuk menggambarkan suasana hari raya. Gambar tersebut dikongsikan Bell di dalam whatsapp group keluarga mereka. Walaupun ia sekadar satu rancangan raya tapi ianya pasti mengimbau kenangan masa sewaktu kecil-kecil dahulu.
Baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagram milik Anne memuji Anne yang kelihatan comel pada waktu kecil selain ada yang mengatakan mereka suka melihat Anne dan adik-beradiknya berlakon pada masa dahulu. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” All of you are so cute la.. Memori.. Skrg semua dh besar.. Comey sokmo.. Seronoknya raya zaman ni.. “
” Comeynya bdk tecik tu.. dr kecik memang suka tgk korang berlakon. anne comei je.. 90 an pnyer gmbr ni.. kita lbh kurang sebaya.. haha.. “
” Comey gambo kome masa nie.. Suka tgok kowg berlakon dulu2.. cili padi pun best jgk.. “
” Zaman2 kita dulu mmg femes ikat rambut mcm ni kan annengasri_official.. “
Untuk rekod, adik-beradik Anne ini memulakan kerjaya seawal usia empat tahun. Mereka berjaya menambat hati penerbit drama dan iklan kerana wajah mereka yang comel dan bakat semulajadi dalam bidang lakonan. Mereka dikatakan mewarisi bakat daripada ayah mereka, Ngasri yang merupakan juruhebah popular di RTM.

Pastinya seronok meng1mbas kenangan di zaman kanak-kanak apatah lagi pada zaman itu ia merupakan kenangan paling tidak dapat dilup4kan oleh semua orang lagi-lagi pada zaman 80an – 90an. Rasa macam nak balik ke zaman kanak-kanak pulak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti3 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim

