Artis / Selebriti
” Alhamdulillah tahniah Kuna dapat menantu.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Anak Sulung Kuna Muzani, Nik Hakimi Yang Begitu Meriah. Wah Cantiknya Pengantin, Bagai Pinang Dibel4h Dua. Gah Betul Majlisnya, Bak Putera Dan Puteri !!
Pada bulan September tahun lalu, Kuna Muzani ada berkongsikan video majlis merisik untuk anak sulungnya, Nik Hakimi. Tidak dinyatakan bila bakal berlangsungnya majlis ini, namun majlis merisik itu dipuji kerana diadakan secara santai dan simple sahaja.
Meninjau akaun Instagram Kuna Muzani, telah dikongsikan gambar-gambar yang memaparkan majlis pernikahan dan majlis resepsi Nik Hakimi. Memilih Nabilah Binti Tan Sri Dato’ Seri Zamrose, majlis berlangsung di dewan Felda.
Sanak saudara kedua-dua belah keluarga memeriahkan majlis pernikahan Nik Hakimi ini. Bukan itu sahaja, ramai VVIP antaranya Dato’ Sri Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin juga turut hadir ke majlis bersejarah anak Kuna ini.

Serba cantik dan gah, dekorasi dewan, pelamin dan busana pengantin yang dikenakan menaikkan lagi seri pengantin baru ini. Yang lelakinya handsome, pengantin perempuan pula cantik dan ayu, memang sepadan sangat.
Jom baca perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CowdpuFhIq5/
https://www.instagram.com/p/CowuLeNhUw9/
https://www.instagram.com/p/Coww-pZBxth/
https://www.instagram.com/p/Cow1_JfB43i/
https://www.instagram.com/p/Co2DJkZAP2W/
Perkongsian ini telahpun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah tahniah kak Kuna, dapat menantu. Sama cantik sama padan anak menantunya.. mak pengantin pun lawa sangat.. “
” Alhamdulillah tahniah mek. Dapat menantu baru, semoga cepat-cepat timang cucu, Aaminn.. “
” Tahniah Kak Na seisi keluarga semoga Allah menambah keberkatan dalam keluarga ini, Selamat Pengantin Baru utk kedua dua anakanda.. “
” Alhamdulillah tahniah kuna dapat menantu.. semoga pengantin kekal bahagia hingga ke jannah Aamiin.. “
” Tahniah Kuna dapat menantu. Tahniah untuk Kimi juga selesai akad nikah dapat isteri .. Semoga kekal bahagia till jannah.. “
” Tahniah Kuna Alhamdulillah, tak lama lagi jadi nenek la you ni heheh. Insha Allah. Bukan main mak pengantin, comey.. “
” Tahniah tuk anak sis Kuna, Nick Hakimi, beserta do’a dr jauh. Barakallahu lakuma wa Baraka ‘alayku ma wa Jama’a baynakuma Fi khayr.. “

Selesai sudah majlis Nik Hakimi dan Nabilah dan harapan Kuna agar anak dan menantunya ini berbahagia sehingga ke akhir hayat. Akhir kata daripada kami di Berita Kopak, sekalung tahniah buat Nik Hakimi dan isteri, semoga perkahwinan ini dirahmati Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kuna Muzani, IG Kuza Muzani, IG Nickhakimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

