Artis / Selebriti
” Aku geram tengok bila mak dia panggil dia, reaksi tu comel sungguh lah.. ” – Netizen
Video Terbaru Gelagat Comel Anak Bongsu MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa Memakai Rambut Palsu Buat Ramai Terhibur. Amboi Cara Duduk Tu Dah Macam Orang Besar, Geram Je Tengok !!
Bagi yang suka mengikuti MUA Bellaz di akaun Instagram pasti mengetahui yang Bellaz suka berkongsi perkembangan anak bongsunya, Nur Aisywara Nealofa. Lebih mesra dengan panggilan manjanya Wara, si comel ini turut mempunyai ramai peminat seperti ibunya.
Terbaru, Bellaz telah memuatnaik dua video gelagat comel Wara. Menerusi video pertama, Wara yang dipakaikan rambut palsu paras bahu dan kaca mata putih sedang menonton televisyen. Bellaz telah menegur Wara dengan menyembut ‘piwittt’ untuk menarik perhatian Wara memandang kamera.
Setelah itu, Wara telah menanggalkan kaca mata dan Bellaz meminta Wara untuk kembali memakainya. Manakala menerusi video kedua pula, gelagat Wara mahu menunggang basikal mainan dikongsikan. Wara menyebut perkataan ‘duduk’ membawa maksud mahu duduk di atas seat basikal tersebut.

Perkongsian video itu sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur cara Bellaz menyakat anak bongsunya. Sehingga kini posting mengenai Wara ini telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa geram apabila melihat gelagat comel Wara menerusi video tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Pagi2 mak hang suka la buat lawa… Comey la budak ni.. Aku ger4m tengok bila mak dia panggil dia, reaksi tu comel sungguh lah.. “
” Aduhhhhhh anok dara sapolah niiii… Bkenan sgt2 no comel gebu rambut kembang bagai.. Lengan ketok2 bg no phone bkenaannyaaaaa… Keletoh.. “
” Bella kalau blh hari2 post vidio Lopa blh tak.. Saya peminat Lopaaa, hari2 wajib tgk bdk bambam ni hahaha… Eee geram betul tengok.. “
” Amboii lentik Wara.. Subhanallah comeynye die montok.. Gheramnya syg oii dengan awak Wara oiii mamanye… Kejap betul dah besar.. “
” Amboiiiiiii Wara oii,, awat comel sangat ni.. Mak hang jadi kerja noh, pakai rambut palsu dengan hang. hahaha aku ger4m betul budak montel ni.. “
” Budak ni comel betul lah, sekali tengok macam anak patung bergerak yang letak bateri belakang tu, hahahaa.. Kemain cara dia duduk tu.. “
” Mantap Pak Abu, nanya Pak Karim, hahahahaha.. Awat comei sungguh Wara, kita kenan la dgn dia, harap baby keluar nnti muka cm dia la noh.. “
Bak komen warganet, sekali pandang Wara dah macam anak patung bergerak. Makin comel Wara ni, patut ramai yang geram melihatnya. Apa-apa pun semoga Wara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz_kids
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

