Artis / Selebriti
” Akhirnya Bonda secara jujur dan terbuka up statement. Pilu rasa baca penulisan ini.. ” – Komen Netizen

Setelah tular di media sosial, akhirnya Bonda Rozita Ibrahim bersuara mengenai isu hangat yang diperkatakan mengenai menantunya, Datin Shahida. Perkongsian Bonda membuatkan ramai tersentuh, sebaknya baca..
Tular di media sosial apabila isteri kepada Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida dikaitkan berbalas posting bersama salah seorang selebriti negara. Ianya berkait rapat dengan isu ibu mentuanya, Bonda Rozita Ibrahim. Ramai yang ternanti-nantikan respon daripada Bonda Rozita sendiri.
Menerusi perkongsian terbaru Bonda Rozita Ibrahim di akaun Instagram miliknya, telah dikongsikan beberapa keping gambar kenangan Bonda Rozita bersama Datin Shahida dan keluarga besar mereka. Kapsyen Bonda Rozita juga agak panjang dan ianya berkisar mengenai hebatnya seorang insan yang bernama Shahida.
Tegas Bonda Rozita, Datin Shahida adalah seorang wanita yang bijak dan kuat. Tahap kesabaran Datin Shahida dipuji oleh Bonda Rozita dan wanita ini juga disifatkan sebagai hadiah terbaik untuk Dato’ Aliff. Bonda Rozita juga turut mendedahkan sikap Datin Shahida yang warganet tidak tahu.
Ini membuktikan Datin Shahida bukan seorang yang mata duitan. Banyak ayat-ayat Bonda Rozita yang menggambarkan hebatnya Datin Shahida di matanya. Bonda Rozita juga turut mengakui Datin Shahida dan Dato’ Aliff adalah insan yang baik dan sangat bertanggungjawab terhadap adik-adik.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebak pula baca bingkisan Bonda Rozita untuk Datin Shahida ni.. ibu mertua yg datang backup dgn kata² yg baik sambil memuji menantu “beauty with brain” indahnyaaaa.. “
” Yeayyyy sygggg bonda sbb statement ni martabat datin shahida sedikit sebanyak terbela. Ini yang semua orang tunggu-tunggu.. terima kasih bonda.. “
” Alhamdulillah statament yang menenangkan hati semua.. Siapa follow bonda mesti tau datin tu kesayangan, bukan saja tp adik beradik kri.. kakak cantik gelarannya. dulu kri kan selalu buat perangai tp datin tetap sabar. Sbb tu bonda sayang.. “
” Stay strong DS shahidadherbs diam bukan bermaksud kita kalah. Orang kuat itu bukanlah orang yang kuat bergusti, akan tetapi orang kuat adalah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.. “
” Terima kasih bonda.. Sbb pertahankan shahidadherbs… Nak menangis rasanyaaa.. sbb kite pn seorang menantu.. akn rse dihargai ble mentua pertahankan kite.. “
” Tahniah bonda.. akhirnya bonda secara jujur dan terbuka up statement bahawa baiknya DS sebagai menantu yg sama2 bersusah payah dgn anak bonda. Moga dgn statement ini, jelas lagi bersuluh dimana letak nya kedudukan DS dimata keluarga bonda. Biar semua org tahu tanpa perlu diperjelaskan lagi.. “
” Sblm ni rasa bonda byk sgt berubah..tp bila baca posting ni, rasa mcm dah dpt kembali bonda yg dulu.. .sy dpt rasa penulisan ini ditulis dalam keadaan penuh hiba dan sunyi jauh dr puncak bukit. Sebak dada. Pilu rasa.. “
Ikhlas daripada hati Bonda Rozita untuk semua mengetahui siapa Datin Shahida sebenarnya di hati Bonda. Penulisan yang penuh dengan rasa hiba dan hanya Bonda Rozita mengetahui apa yang Bonda dan keluarga alami sekarang. Semoga semuanya akan kembali tenang dan segala yang keruh dapat dijernihkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen