Artis / Selebriti
” Adui, Thalita tiba-tiba rasa sedih. Suara ibu, baju ibu, kasut ibu, macam tengok ibu dalam diri Thalita.. ” – Komen Netizen

Watie Hanifiah kongsi video Thalita meminta untuk memakai baju dan kasut arwah Siti Sarah buat ramai tersentuh. Alahai Thalita, dah besar anak dara Siti Sarah ni. Tengok Thalita dah macam tengok Siti Sarah. Touching pula..
Berbaki berapa hari sahaja lagi anak perempuan Shuib Sepahtu, Thalita akan membuat persembahan di Konsert By Ajai and Friend, Singapura. Banyak persediaan yang dilakukan oleh Shuib dan Watie untuk Thalita demi memastikan Thalita dapat membuat persembahan terbaik.
Meninjau entry di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie menunjukkan gelagat Thalita meminta untuk memakai kasut dan baju peninggalan arwah Siti Sarah. Thalita yang dahulu sudah tidak sama dengan Thalita sekarang.
Jika dahulu amat susah untuk Watie menggayakan Thalita kerana Thalita lebih suka memakai pakaian yang simple. Namun sekarang, Thalita sudah remaja dan lebih feminine gayanya. Sempena konsert di Singapura nanti, Thalita mahu bergaya sama seperti arwah ibu.
Watie turut berkongsi suara Thalita yang sedang berlatih menyanyi. Suara Thalita semakin bagus dan ramai yang mengatakan suara Sarah ada dalam Thalita. Melihat Thalita sama seperti melihat Siti Sarah, tentu ibu bangga dengan kejayaan Thalita ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Walaupun kiter dah 800 kali komen benda yang sama kiter tetap nak Komen lagi “ Mummy !!!! terimakasih telah menyambung cinta dan kasih sayang dalam hidup Anak Anak … ” mommy the best in da world.. “
” Terus teringat talita pakai kasut tinggi ibu masa dia kecik-kecik.. cantiknya thalita, aura ibu sangat ni.. “
” 4 tahun yg lalu, saat dia kehilangan seorang ibu, sentiasa doakan dia jd anak yg kuat hati & semangatnya. alhamdulillah.. akhirnya dia m’jadi dirinya yg skrg. semoga d permudahkan segalanya & b’jalan dgn lancar. aamin.. “
” Betul laa suara pon kena gilap kena masuk class kena praktisss bukan sekadar ngangaaaa je. Kipidappp dikta.. pelapis arwah ibu ni.. “
” Wowwww Suara Dekta dah makin baguslah. Mcm vibe2 suara arwah ibu dah ni.. loveeeeee.. Happy tgok dekta dn adik beradiknya bahagia sejak ada mummy watie.. “
” Sedapnya suaraaa. Tp kenapa kite sebakkkk. Sbb dgr ade iras2 ibu kot ek. best of luck Talita.. Kalau arwah Siti Sarah ada lagi, mesti arwah happy kan dapat ajar anak vokal.. “
” Dah masuk suara siti sarah dah dlm talita.. Fly high Talita.. Ibu tersenyum bangga tgk anak dia dr jauh.. “
” Dia nk bawa aura ibu nye.. ibu nye pun kecik molek, talita pun blh pakai brg2 arwah ibu.. adui talita tiba2 rasa sedih. suara ibu, baju ibu, kasut ibu.. macam tengok ibu dalam diri talita.. “
Sedikit demi sedikit Thalita semakin menyerupai ibunya, baik dari suara mahu pun gaya berpakaian. Untung Thalita ada mommy yang selalu menyokong Thalita. Semoga semua urusan Thalita untuk menyanyi di konsert nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagus cara Syafiq tu, halus je dia bagi ayat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Anggun sungguh Jemyma. Royal style, her face pun nampak vibes puteri raja.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya tak pernah buat orang macam ni, saya minta maaf.. ” – Umie Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kakak bagi hint gender baby lah. Lama tau kita tenung skrin tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Patutlah nak Dato’ Siti nyanyi kat wedding, romantis betul kisahnya, haha..” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Part ni aku tak berhenti ketawa. Fattah geram dengan Aca, takut Aca spill lagi banyak daripada Irfan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkadang nak diluahkan rasa, tak ada tempat.. ” – Bonda Rozita