Artis / Selebriti
” Adeh bestnya, meremang part Ila Sabry. Suara dia padu dan rare.. ” – Komen Netizen
Kemunculan Penyanyi OST Gerak Khas The Movie, Ila Sabry Di Konsert By Ajai & Mega Friends Buat Penonton Teruja. Fuh Lama Betul Ila Menghilang, Suara Tu Maintain Sedap Macam Telan Kaset. Auto Teringat Babak Abby Abadi, Dato’ AC Mizal Dan Erra Fazira, Hehe !!
Konsert By Ajai And Mega Friends berlangsung dengan jayanya semalam. Ramai yang menjayakan konsert semalam antaranya Hafiz Suip, Aina Abdul dan Ila Sabry. Kemunculan Ila Sabry antaranya mengejutkan ramai kerana selebriti ini sudah lama menyepi dari dunia seni.
Untuk sesiapa yang tidak mengenali siapa Ila Sabry, figura ini popular sekitar tahun tahun 2001 menerusi lagu Keranamu Kekasih. Lagu ini merupakan lagu tema filem Gerak Khas The Movie arahan Datuk Yusuf Haslam. Lagu ini turut menjadi siulan ramai ketika itu dan mengingatkan babak antara Abby Abadi, Dato’ AC Mizal dan Erra Fazira.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sinar, telah dikongsikan moment ketika Ajai memanggil Ila Sabry ke pentas untuk menyampaikan lagu Keranamu Kekasih. Bersorak penonton ketika Ila Sabry muncul dan ia sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai.

Suara Ila tidak berubah dan tone suaranya itu seperti mendengar kaset sahaja. Sekali pun sudah lama tidak muncul menyanyi di depan ribuan penonton, nyata Ila tetap perform dengan baik. Suara yang sudah lama dirindukan oleh ribuan peminat.
Jom tonton video di bawah :
@sinar_my Surprise!! Kemunculan istimewa Illa Sabry! 😱😍 Suara masih superb ! Terubat rindu pada suara dan wajahnya. #SINARKongsi #illasabry #fypシ #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #xyzbca #keranamukekasih
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen -komen yang diberikan oleh warganet :
” Adehh bestnya.. meremang part Ila Sabry.. Versi Illa Sabry ni juga paling terpahat dalam hati.. ”
” Dengar lagu ni terus teringat Gerak Khas The Movie.. Terus nampak muka abby, ac, erra dan p0lis extra yang menari dengan abby.. ”
” Teringat gerak khas the movie cinta tiga segi antara Erra Fazira ,Abby Abadi dgn Ac Mizal.. ”
” Ajai mmg gifted la lagu2 dia byk yg best2.. Arghhhh lagu ni best dekat gerak khas.. suara ila sabry ni tak berubah.. sedap macam dulu.. ”
” Masih padu suara Ila Sabry.. suara dia rare.. mane nk jumpa dkt org lain tone mcmni.. favourite song, terus teringat AC dalam gerak khas.. ”
” Lamanya tak dengar Ila Sabry menyanyi.. rindu dengan suara dia.. Sedap betul suara tak de yang berubah.. ”
” Fuh suara Ila still sedap.. suara masih mantap lagi.. bagus amik artis2 lama buat comeback.. Terbayang si Abby lalu smbil tengok ac mizal menari dgn erra.. ”
Terubat kerinduan peminat Ila Sabry dengan persembahannya itu. Suara Ila maintain sedap sama sahaja seperti dahulu. Tak rugi penonton yang hadir ke konsert Ajai semalam, kejutan paling menggembirakan untuk peminat Ila Sabry khasnya. Tahniah Ajai kerana menggabungkan ramai artis yang hebat sebegini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani
-
Artis / Selebriti3 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen

